PELAKON Abby Abadi kesal apabila segelintir netizen berasa kurang senang terhadap beberapa posting di laman sosialnya yang seolah-olah menggambarkan dia tidak berada dalam keadaan sedih.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, meskipun dia diuji dengan keadaan bayinya yang lahir pra m4tang dan kriitikal, namun tidak bermakna dia perlu meratap kesedihan itu sepanjang masa.
“Ada orang mar4h dekat gambar-gambar sebelum ni… tak boleh buat itu tak boleh buat ini.
“Anak s4kit pun seronok-seronok, anak kriitikal pun sibuk nak kurus… sampai video saya yang admin guna untuk Insta review pun kena hent4m juga.
“Habis kalau anak s4kit boleh buat apa sahaja? Meratap hiba?” tulisnya.
Posting pertama yang dimuat naik Abby mengundang rasa kurang senang netizen.
Abby berkongsi mengenai perkara itu melalui posting di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Abby sebelum ini dilihat sering berkongsi perkembangan semasa anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan pra m4tang di media sosial.
Namun dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas ini dilihat turut memuat naik beberapa posting menunjukkan dia sedang berkaraoke dan bergembira hingga membuatkan netizen mempersoalkan gelagatnya itu.
Tambah Abby lagi, dia dan keluarganya sudah pun melakukan yang terbaik untuk anaknya, atau dikenali dengan nama baby D dan menyerahkan segalanya kepada yang lebih pakar.
Habis kalau anak sakit boleh buat apa sahaja? Meratap hiba?
ABBY ABADI
Pelakon
Malah, aktres ini menjelaskan, tidak semua perkara mengenai anaknya itu perlu dikongsikan kepada umum.
“Sejujurnya bukan saya dan suami saja, kami seisi keluarga dah usahakan yang terbaik dah untuk bahagian kami. Yang lain kami serahkan pada pihak yang lebih arif dengan bantuan Allah.
“Jadi yang suka jadi juri awam tu tenang-tenang selalu ya. Tak dapatlah semua yang kami buat nak bersiaran disini. Hidup ini banyak tanggungjawab yang lain juga.
“Anak-anak pun ramai… jadi doakan yang baik-baik untuk orang lain, Insyallah doa yang baik itu akan kembali pada anda juga okey?
“Yang baik budi terus doakan untuk kami dan baby Danial okey. Maaf sangat-sangat tak dapat nak puaskan hati semua,” ujarnya.
Sebuah lagi posting dimuat naik Abby mengundang kecaman netizen di media sosial.
Abby sebelum ini melahirkan bayi lelaki seberat 535 gram kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembed4han.
Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman itu merupakan hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit R4watan R4pi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh sejak 27 September lalu.
Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar