Pelbagai hikmah yang berlaku setelah pasangan bercer4i menjalani kehidupan masing-masing. Namun, apa yang dilakukan oleh Ally Iskandar & Farah Lee benar-benar membuka mata masyarakat.
Tul4r vdeo pengacara Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee menghantar anak mereka, Maream Esbel ke sekolah. Sikap profesional bekas pasangan suami isteri tersebut yang beralah demi kebaikan anak mereka, dipuji net1zen.
“BERSYUKUR DENGAN SEKECIL-KECIL NIKMAT”
Single parenting is one tough job man.! The struggle is real. But Allah is al-Adl, penat tu selalu hilang dengan banyak nikmat lain yang Allah gantikan. It is hard but manageable je actually. Cuma kena extra effort dan extra sabar jelah sikit. Well ganjaran sabar yang redha tu Syurga kottttt.. Like sabar untuk seminit dua je or sebulan or setahun ke or whatever lah berapa lama tapi kat dunia je kot, then dapat masuk Syurga forever. Gila tak nak.?
Kegembiraan Ally dan Farah dikatakan telah mempengaruhi mood anak mereka Maream untuk berasa teruja dan gembira pada hari pertama persekolahannya yang bermula patut dicontohi pasangan yang telah bercerai. Tahun lalu(2018), Farah Lee telah berkongsi vdeo dia dan bekas suami menghantar Maream ke pra-sekolah. Perkongsian tersebut telah membuat ramai pengikut IGnya teruja mahu melihat pasangan itu bersatu kembali.
Rata-rata berdoa agar mereka bersatu kembali demi kebaikan anaknya, namun Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
Sila tonton video:
Farah Lee beri penjelasan selepas dikec4m tak pakaikan anak ikut syariat Islam.
Farah Lee kecewa apabila dikec4m kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam. Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kec4man itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.
Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam. Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain. Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.
Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan. Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada net1zen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.
Berhijrah ke luar negara:
SEMPENA kedatangan Awal Muharam tahun lalu juga, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.
“Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah.
“Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan,” tulisnya ringkas di Instagram.
Semoga perjalanan karier & kehidupan Farah Lee & Ally Iskandar bertambah maju demi anak mereka!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Dharian & Astro Awani