Pelajar naik jet peribadi, berl4gak kaya di Instagram… hakikatnya semua gambar ‘edit’

SEORANG vlogger dan Instafamous British mendedahkan bagaimana dia mempamerkan kemewahannya di media sosial selama seminggu tetapi ia sebenarnya palsu semata-mata!

Byron Denton, 19, dari London, yang mempunyai lebih dari 70,000 pengikut di Instagram dan 80,000 pelanggan YouTube ingin melihat sama ada dia boleh menipu pengikutnya dengan membuatkan mereka berfikir bahawa dia menjalani kehidupan mewah.

Menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan foto dan video, pelajar ini berjaya membuatkan dirinya nampak seperti orang kaya apabila memborong barangan di butik Louis Vuitton dan memakai pakaian berjenama mewah.

Denton mendapat banyak ‘like’ dan pengikut selepas mempamerkan gaya hidup mewah di Instagram.

Denton juga menunjukkan dirinya sedang menaiki pesawat peribadi, walaupun foto itu hanya diambil di atas sofa di kediaman flatnya.

Denton mengakui peminatnya mula bercakap-cakap tentang bagaimana dia tiba-tiba menjadi kaya-raya.

Menjelaskan segalanya dalam video YouTube yang mendokumentasikan eksperimen itu, Denton berkata: “Selepas melihat video orang memalsukan percutian dan sebagainya, saya fikir seronok juga melakukannya dengan cara saya sendiri dengan memalsukan kekayaan di Instagram selama seminggu.

“Saya bercakap tentang jet peribadi, membeli-belah di Louis Vuitton. Terima kasih kepada Photoshop!,” katanya.

Hanya bergambar di butik mewah, bukan membeli!

Denton memulakan eksperimen selama seminggu dengan aktiviti membeli-belah yang keterlaluan, seperti yang sering dipamerkan golongan kaya di Instagram.

Dia pergi ke outlet Louis Vuitton di tengah London dan mengambil gambar dan klip Boomerang untuk dikongsikan di Instagramnya.

Cara itu akan menunjukkan seolah-olah dia berada di butik itu dan mahu membeli-belah.

Dia kemudian berkongsi gambar menunjukkan dia berdiri di luar kedai, sarat dengan beg kertas Louis Vuitton.

Denton merakam Boomerang di butik mahal dalam usaha membuatkan pengikutnya percaya dia mampu berbelanja di situ.

Hakikatnya, Denton berposing dengan tangan kosong dan menggunakan Photoshop untuk memasukkan gambar beg-beg kertas ke dalam gambarnya.

Teknik yang hampir sama digunakan apabila dia ingin menunjukkan dirinya ‘terbang’ dengan jet peribadi.

Untuk tujuan ini, dia bergambar di sofa dengan latar belakang putih dan menyuntingnya seperti berada di dalam pesawat itu.

Semasa eksperimen itu, dia juga menggunakan Photoshop untuk menyunting nama dan slogan pereka terkemuka dan ‘menampalnya’ pada pakaiannya untuk kelihatan jauh lebih mahal.

Gambar sebelum disunting.

Walaupun bimbang tentang bagaimana posting itu akan diterima oleh para pengikutnya, apa yang penting dia mendapati bahawa gaya hidup mewah membawa kepada peningkatan ketara dalam jumlah pengikutnya.

Dalam masa seminggu dia mendapat lebih dari 1,000 pengikut.

Sejak memaparkan klip itu, dia menerima lebih dari 900 komen dengan ramai orang yang menyuruhnya membuat video terperinci berkongsi kemahiran Photoshopnya.

Komen:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

walk bitch. ⚡️ #benditliketezza

A post shared by byron (@tbhbyron) on

 

Sumber –Mail Online via Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon