Pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan sikap suaminya, Datuk Fizz Fairuz sebelum mereka berkahwin.
Menurut Almy, Fizz tidak gemar dengan wanita yang mahu bersama dengannya setiap masa.
Namun Almy berkata, Fizz tidak dapat lari lagi dengan sikap perempuan sebegitu kini kerana anak keduanya, Nur Afrina Aurora, 3, seorang yang manja dan sentiasa mahu bersamanya.
“Dulu masa zaman bercinta, dia (Fizz) paling tak suka, paling b3nci gf (girlfriend) dia asyik berkepit, atau call 24 jam.
“Nak jadikan cerita tu laa kan, sekarang anak dia yang nombor 2 ni, suka sangat berkepit dengan dia 24 jam, tidur berkepit, pergi toilet ikut, makan ikut mana saja mesti ada dengan papa dia, naik rlmas mama.
“Nak dapat anak yang kaki berkepit dengan dia padan muka.. Tak suka sangat kan dulu, sekarang hambikkkklkk (terimalah) yang lagi aku hangin si papa dia buat macam tak ada masalah anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya.
Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto gelagat anaknya yang duduk bersama Fizz.
Rata-rata terhibur dengan gelagat anaknya dan mendoakan agar keluarga ini hidup bahagia.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak