Sarah Suhairi sememangnya dikenali sebagai artis yang berkebolehan menyanyikan lagu-lagu Korea. Perkara ini dilihat menerusi laman Instagram dan juga persembahannya yang menyanyikan lagu daripada Blackpink di dalam satu pertandingan realiti televisyen suatu ketika dahulu.
Terbaru, masyarakat Korea pula dihidangkan dengan persembahan artis tersebut yang menyanyikan lagu Dangdut terkenal di Malaysia.
Persembahan di hadapan khalayak ramai masyarakat Korea itu telah mendapat pujian di sana.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke dalam laman Youtube Blimey, Sarah Suhairi menyanyikan lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan daripada Mas Idayu.
Walaupun pada awalnya Sarah Suhairi dilihat sedikit gementar untuk membuat persembahan, namun dia telah berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik serta mendapat reaksi positif daripada penonton yang hadir.
Nyanyian lagu dangdut yang bergema di negara Korea itu telah menarik perhatian rata-rata warganet yang nyata sangat berbangga dengan penyanyi berkenaan. Apa tidaknya, bukan mudah untuk menyanyi di negara orang tambahan lagi mempersembahkan lagu yang menggunakan bahasa Melayu.
sarah suhairi really did that in korea??????? im beyond proud 😭❤️ pic.twitter.com/CI4V5iIWuL
— ♡ 차 ♡ (@seketulcaca) November 2, 2019
Lihat siaran ini di Instagram
Menerusi ruangan komen, ramai yang berbangga dengan penyanyi itu yang berjaya mengagumkan orang Korea dengan nyanyian lagu dangdut. Malah, ada yang mengaitkan bahawa dia akan dapat mendapat di luar negara seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Yuna.
“Saya berbangga dan yang paling penting dia memakai tudung dan tiada siapa yang mempertikaikan”
“Saya suka cara dia berpakaian walaupun kat negara luar”
“Sarah ada peminat dekat korea. Bawak lagu Malaysia lagi ke sana. Ramai je bangga”
“Sedapnya suara dia..ulang banyak kali jugak yang bahagian ‘semoga abadi’ “
“Tiada kata yang menerangkan betapa bangganya saya”
“Percaya saya, dia akan terkenal seperti Yuna dan Siti Nurhaliza pada masa akan datang”
Sumber: Blimey / Twitter @seketulcaca via SiakapKeli
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook