Zaman kanak-kanak adalah waktu paling gembira yang pernah dilalui, tiada masalah perlu difikirkan. Rutin harian pula cukup ringkas dan masa yang paling ditunggu-tunggu adalah waktu bermain.
Pastinya ada memori zaman kanak-kanak anda yang masih tersemat sehingga ke hari ini, mungkin waktu bermain yang sangat seronok pada ketika itu bersama rakan-rakan.
Sama seperti dengan tiga kanak-kanak yang dirakam sedang berbincang di tepi jalan kecil di kampung ini bersama basikal masing-masing. Video mereka tular sejak semalam menyaksikan si perakam yang merupakan orang dewasa mengusik sakan tiga kanak-kanak ini.
Rakaman berdurasi 25 saat itu meraih perhatian ramai dengan lebih 11,000 shares dan 283,000 tontonan.
Berikut adalah video yang tular itu:
Menurut Haizan Yazid Nordin, video ini dirakam di Parit Sikom, Pontian dan kanak-kanak ini sebenarnya tidak jauh pun dari rumah mereka. Hanya dia sengaja menyakat budak-budak ini kerana mereka tidak mengenalinya.
Mungkin disebabkan itu ada yang menangis bila dia perkenalkan diri sebagai ‘pencvlik’. Tambahnya lagi video ini hanya sekadar gurauan semata-mata.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka seperti berikut:
“Baru dapat lepas kot. Ibu suh gi kedai tu”
“Dalam lawak ada mesej nak disampaikan…”
“Tau plak takvt haaa jalan lagi…”
“Hahaha sian budak tu…”
“Hahhaha..tak sampai turn dia lagi dah nangis…”
Sumber: Viral Media Johor / Haizan Yazid Nordin via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook