Setiap dari kita mesti ada rumah impian masa kecil, kan? Sekurang-kurangnya mesti pernah lukis rumah idaman yang ingin dimiliki apabila dewasa. Rumah pula ada salah satu ciri-ciri ni; besar, cantik, banyak bilik, ada kolam atau berhampiran air terjvn mahupun tasik.
Namun makin dewasa, impian kita mula pudar. Kebanyakan kita semakin kurang berimaginasi dan tak ramai yang berani untuk terus memasang impian tinggi, sebaliknya hidup hanya mengikut arus kebanyakan dalam kitaran rat race yang sama.
Rumah idaman hanya tinggal angan-angan.
Walaubagaimanapun lain pula bagi Dr Amir Faisal M Khairi. Impian isterinya sejak berusia 11 tahun pada 22 tahun lalu dijadikan kenyataan hasil penat lel4h selama sembilan tahun. Jom baca perkongsian beliau.
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak-kanak isteri saya. Ditulis masa umur 11 tahun pada 1997.
Diari tu tertulis:
Rumah impian saya…
banglo,3 tingkat, atas bukit, menghadap tasik
Saya hanya tersenyum.. Masa tu, saya masih pelajar, harta saya ada cuma basikal.
Saya tutup diari itu, tapi saya tak pernah lupa.
24 Okt 2019
Ia mengambil masa 9 tahun kerja keras.
Alhamdulillah.. Rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak-anak.
Jika ditanya saya, apa impian saya, hanya satu – iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz.
Beruntungnya si isteri. Bukan kerana harta dan hadiah, tapi nilai di sebaliknya – ingatan si suami yang tak pernah lupa impian isterinya walaupun setelah bertahun-tahun.
Moga mereka dan juga anda bahagia hingga syurga bersama keluarga masing-masing. Rezeki bahagia tak semestinya dalam bentuk harta. Jangan gaduh minta banglo pula ya.
Sumber: Amir Faisal M Khairi via news kini