Pelakon Ardell Aryana menyifatkan suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa sebagai individu yang cukup sempurna pernah hadir dalam hidupnya.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, berkongsi luahan itu menerusi satu posting di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahiran Adhwa yang ke-27.
“Awak merupakan kombinasi yang sempurna sebagai seorang suami dan kawan baik. Tahun ni rasa lain sambut hari jadi Wawa (nama manja Adhwa), sebab tahun ni tak ada ‘aku kau’ lagi tapi ‘awak saya’.
“Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa bermaknanya awak kepada saya. Saya tahu saya selalu lambat. Saya tahu saya bukanlah yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik dan buat yang lebih baik lagi dari hari ke hari, Insya-Allah,” tulisnya.
Ardell turut berkongsi video kejutan yang dirancang bersama ahli keluarga dengan bertemakan jersi pasukan kelab bola sepak pilihan suaminya, Arsenal yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa sama, Adhwa turut meluahkan rasa syukurnya diberikan seorang isteri yang sentiasa memberikan kegembiraan kepadanya.
“Terima kasih untuk segalanya my love. Awak sentiasa buat saya gembira. Awak sentiasa yang terbaik untuk saya walaupun awak tak berapa sihat awak tetap buat semuanya untuk saya.
“Semoga rumah tangga yang kita bina kekal hingga ke Jannah,” tulisnya di Instagram semalam.
Ardell dan Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak