Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi pada usia yang muda, 7 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
Mawar Rashid
Hari ini, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membuktikan bahawa usaha adalah segala-galanya. Tak kisahlah dengan status Mawar sekarang yang sudah bergelar isteri serta ibu yang bakal menimang cahaya mata bersama suami Raf Yaakob, Mawar tidak menjadikan itu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah.
Dalam perkongsian instastory Dato’ Fazley Yaakob, beliau berkata, “Bang Long bangga sangat dengan Mawar. You deserve it all!”
Tahniah sekali lagi Mawar yang kini menjadi graduan Management & Science University (MSU).
* * * * *
Wany Hasrita
Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh penyanyi ini. Pada Ogos tahun lalu, Wany telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.
“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”
* * * * *
Juliana Evans
Mungkin kerana tempoh 4 tahun telah berlalu, ramai yang terlupa bahawa pelakon cantik, Juliana Evans pernah mencatatkan keputusan cemerlang untuk pelajarannya.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Jue kembali memuat naik foto di bawah pada hari ini untuk mengingatkan kepada semua orang bahawa semua orang boleh berjaya jika mereka fokus terhadap apa yang mereka lakukan.
“(Foto) ini akan selalu mengingatkan saya tentang susah payah, motivasi dan impian saya. Dan dengan pengorbanan, saya berjaya memperoleh impian. Fokus pada apa yang kamu impikan dan usaha sendiri (jangan harapkan usaha orang lain.”
“How I wish I can go back in time,” kata penuntut Western Michigan University ini.
* * * * *
Asyraf Aley
Seorang lagi pelakon yang mementingkan pelajaran walaupun kariernya sudah bermula. Memilih Taylor’s University sebagai alma mater untuk pengajiannya, Asyraf meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menyokong keputusannya untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Kata si tinggi lampai ini, “Terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah yang telah membuatkan hidup saya di universiti lebih bermakna. Dan juga kepada kamu yang sentiasa memberikan sokongan, I am so grateful!
* * * * *
Mira Filzah
Tengok wajah Mira Filzah, mesti dah boleh agak Mira ni golongan terpelajar kan..? Hehe
2 tahun lalu, Mira telah membanggakan ramai pihak termasuklah ibu bapa, keluarga dan peminat semua dengan kejayaannya menamatkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Comel je tengok Mira pakai robe tu.
Mira yang pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak usia 17 tahun lagi mengambil jurusan tersebut kerana minatnya untuk menjadi usahawan.
* * * * *
Nadzmi Adhwa
Juga grad pada tahun 2016 adalah pelakon, Nadzmi Adhwa. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia (fuh panjangnya!) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nadzmi juga bersyukur kerana penat membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya terbalas juga akhirnya.
“Tentunya, ibu bapa saya ingin saya berjaya dalam bidang akademik terlebih dahulu. Namun saya pula berlakon sambiil belajar kerana rezeki ada di situ.
“Memang kena gigih dan berusaha jika nak lakukan dua perkara dalam satu masa. Pelajaranlah jaminan untuk masa depan.”
* * * * *
Najwa Latif
Selalu kan kita nampak iklan Najwa Latif menyanyi secara busking di televisyen? Hehe. Itu adalah sebahagian daripada projek Najwa semasa menuntut di UniTAR dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.
Najwa nampak tidak hentikan pelajaran di situ saja. Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana pula di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.
“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.
“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TEaSL) pula.”
* * * * *
Sebenarnya, masih ramai lagi golongan selebriti yang berpendidikan. Antaranya termasuklah Hanis Zalikha, Lisa Surihani, Vanidah Imran, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Safwan Nazri, Daiyan Trisha dan ramai lagi. Malah, ada juga yang sedang belajar seperti Atisha Khan (adik kepada Neelofa & vlogger di YouTube), Cupcake Aishah dan Johanis Sani (Vlogger & influencer).
Ternyata, pendidikan mengajar mereka untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Sumber : Remaja via SweetNutella via Sinar Viral
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook