Kutuk Rambut Blond Macam Orang Tua, Dazrin Kamarudin Dedahkan Individu Itu DM Dia Untuk Minta Maaf Dan Ini Yang Dazrin Tawarkan

Pelakon Dazrin Kamarudin akui sudah memaafkan individu yang mengutuk dirinya kelihatan seperti orang tua selepas menukarkan warna rambut kepada perang sebelum ini.

Menurut Dazrin, dia telah menerima kiriman mesej diakaun Instagram (DM) seorang individu yang meluahkan rasa kesal dengan sikap negatif itu.

“Assalamualaikum abang Dazrin, saya ingin meminta maaf kepada abang kerana saya pernah mengumpat abang cakap abang macam orang tua dengan rambut blond hari itu dengan kawan.

“Sekali lagi saya memohon maaf kepada abang dari hujung rambut hingga hujung kaki atas perbuatan saya.

“Nanti kat padang Mahsyar susah untuk berjumpa dengan abang minta maaf jadi saya ingin meminta maaf lagi sekali sebab dah terumpat abang.

“Saya menyesal sangat-sangat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Astghfirullahhalazim…” tulis.

Dalam pada itu, Dazrin memuji tindakan individu tersebut kerana berani berlaku jujur dengan memohon maaf selepas menyesali perbuatannya.

“Abang bersemangat tengok perlawanan Malaysia vs Indonesia dik. Siapa pun adik abang dah maafkan.

NAK BELANJA MAKAN

“Dunia ni memerlukan orang-orang sebegini bukan asyik nak ‘membawang’ dan menabur ‘fitnah’. Kalau adik baca ni DM abang balik boleh abang belanja makan sekali dengan abang. Tak ada hal dik. Abang hanya insan kerdil yang tidak sempurna,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, Dazrin terlibat dengan filem ‘Mahathir, The Journey’ yang menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.

‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta akan memulakan penggambaran pada bulan Disember hadapan.

Selain Dazrin, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Ning Baizura (Datin Paduka Marina Mahathir), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.

Ia akan menjalani penggambaran di Putrajaya, Kedah, Kelantan dan Hiroshima, Jepun.