Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa selain melihat anak menjadi seorang yang berguna di masa hadapan. Walaupun terpaksa bekerja keras untuk melengkapkan keperluan anak, itu bukanlah satu masalah.
Seperti laporan Harian Metro, sepasang suami isteri meraikan anak cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 dengan menghadiahkannya jambangan bunga. Apa yang menariknya, jambangan tersebut adalah duit kertas bernilai RM10k!
Jambangan RM10k!
Difahamkan Muhammad Danish Haziq mendapat keputusan cemerlang dengan 5A dan 1B, berbangga dengan pencapaian tersebut, ibu bapa yang bekerja sebagai pengusaha cafe menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10k. Ibu, Nor Ashikin dan bapa, Ihsan Fahmi memberitahu anaknya itu juga sangat aktif dalam sukan bola sepak dan bola baling.
Perkara itu membuatkan dia sering sibuk sehingga tertinggal banyak dalam pembelajarannya di sekolah. Sebagai ibu, saya tidak boleh biarkan perkara itu.
Apatah lagi dia memang sudah sasar masuk sekolah berasrama penuh. Jadi dengan berbaki tiga bulan sebelum UPSR, saya minta dia belajar bersungguh-sungguh dan menjanjikan hadiah jika mendapat keputusan cemerlang.
Sebelum ini, dia minta saya dan suami belikan model baharu telefon pintar jenama iPhone. Namun kami tidak mahu sebab takut nanti dia lalai jadi kami janji beri RM10,000.
Jelas Nor Ashikin dan Ihsan Fahmi lagi, anak ketiganya itu pada awalnya meminta iPhone terbaru sebagai hadiah namun mereka tidak menuruti kehendaknya kerana tidak mahu anak lalai.
Guna duit simpanan dan hasil niaga
Kami berniaga sendiri dan banyak menghabiskan masa di kafe. Masa dengan anak-anak tiada. Jadi ini saja yang mampu kami beri. Kami bukan keluarga senang. Saya dan suami menggunakan wang simpanan kami selain bertungkus lumus berniaga bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan.
Alhamdulillah, keputusan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A. Apabila, kami beri wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Kebetulan, semua anak kami masing-masing memang simpan wang simpanan mereka dalam akaun terbabit.
Gambar jambangan wang tunai mula viral di media sosial apabila pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana memuat naik tempahan di laman sosial.
Tahniah Muhammad Danish Haziq
Menurutnya, ini merupakan kali pertama kedai menerima tempahan sebegitu. Wang dihantar pada jam 5 petang dan dia hanya mempunyai masa empat jam untuk menyiapkan sebelum waktu makan malam. Walaupun menerima tempahan di saat akhir, Una bersyukur akhirnya dapat memenuhi impian pelanggan.
Sumber : Harian Metro , Una Rushana
Kredit: OH BULAN