Sharifah Sakinah Botak Kepala Anak Perempuan Dia Sampai Licin. Ramai Buat Spekulasi Dan Ini Respond Sharifah

PERKONGSIAN video pelakon Sharifah Sakinah memperlihatkan kepala anak perempuannya, Anais berimej botak menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen beranggapan tindakan pemilik Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 30, disebabkan kanak-kanak itu mengalami penyakit yang serius atau dijangkiti kutu rambut.

Bagaimanapun, Sakinah menafikan semua telahan itu dan meminta netizen untuk terus membuat spekulasi.

“Terlalu banyak spekulasi mengenai kenapa kepala Anais botak sekarang ini. Adakah dia sakit? Adakah dijangkiti kutu?

“Ada melekat kekotoran? Dia menjadi kreatif dan potong rambutnya sendiri? Bukan semua yang dikatakan.

“Teruskan membuat spekulasi,” tulis Sakinah menerusi laman Instagramnya.

Dalam pada itu, ada segelintir pula menganggap tindakan aktres itu bertujuan supaya rambut anaknya tumbuh dengan lebih lebat dan cantik.

Malah, netizen turut memuji wajah Anais lebih kelihatan seiras dengan aktres berkenaan.

“Ala nak bagi rambut lebat lagi tumbuh ya. Tu sebab dia botakkan, sebab pernah buat kat anak buah dulu. Lepas botak, rambut tumbuh cantik dan lebat. Jadi, Anais akan cantik selepas ini.

“Tak apa. Rambut boleh tumbuh lagi. Mana tahu semakin lawa rambut akan datang.

“Anais nampak comel dalam video. Baru pertama kali nampak dia iras Kinah. Selalu nampak iras suami saja,” komen beberapa netizen.

View this post on Instagram

There are so many speculations on why Anais's head is bald now. Is she's sick? Got lice right? Stuck some slime? She got creative and cut her own hair? Well, let me give you a clue. None of the above. Keep speculating oi ha ha ha .

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Adik kepada penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah ini berkahwin dengan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Anais Adha pada 24 Mei 2017.

Sumber : MSTAR ONLINE