Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama. Ini Lafaz Cerai Yang Dia Kepada Isteri Pertama Melalui Voice Note Whatsapp

KONTROVERSI perkahwinan kedua pendakwah bebas Da’i Nik Farhan semakin hangat apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah menceraikan isteri pertamanya Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia menceraikan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApss pada tengah hari Selasa.

“Yang cerai itu betul… ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya kepada mStar.

Bagaimanapun, Nik Farhan menafikan dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu seperti dituduh seorang individu di laman sosial.

Nik Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara iaitu China seperti didakwa wanita terbabit.

“Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang (tuduhan) lain fitnah,” ujarnya.

Selain itu, Nik Farhan enggan mengulas lanjut berkaitan punca dia menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam pada itu rakaman suara lafaz cerai yang dipercayai milik Nik Farhan turut tersebar di media sosial.

Lafaz cerai itu antaranya berbunyi: “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

Foto kanan Da’i Farhan bersama isterinya yang telah diceraikan dengan talak satu sementara foto kiri pula gambar perkahwinannya bersama isteri kedua iaitu Aireen.

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Farhan menceraikan isterinya yang kini sedang sarat hamil.

Individu yang dikenali sebagai Asiah itu membuat tuduhan pendakwah tersebut telah mengurung dan memukul wanita berkenaan.

Dalam pada itu, menerut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Besut, Terengganu bagi menguruskan perceraian berkenaan.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila seorang rakan baik isterinya mendedahkan perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat lalu, Nik Farhan berkata, tuduhan dia berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada isteri pertama dan keluarganya.

Nik Farhan juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 berjaya membuatkan hatinya terbuka menerima hasrat itu.

Sumber : MSTAR ONLINE