Penyanyi Ernie Zakri berkongsi khabar gembira bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah hari ini.
Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu memohon maaf dan mendoakan peminatnya agar dapat dijemput sama suatu hari nanti.
“Ernie sekeluarga akan berangkat ke Makkah hari ini. “Ernie ingin mohon maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja. “Doa Ernie agar anda semua dapat dijemput kesana satu hari nanti. Insya-Allah. Sayang semua,” tulisnya.
Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mahukannya untuk kekal istiqamah selepas pulang dari umrah.
“Cantiknya Ernie pakai tudung. Semoga dipermudahkan urusan bersama keluarga,” tulis @aaremirrr91.
“Lepas balik umrah harap dapatlah Ernie berhijab,” tambah @azliadda.
“So manis kak muka kau bila bertudung,” sahut @fdaus_jamal pula.
“Balik nanti jangan free hair dah tau,” tulis @__mzmmr.
Ernie bersama keluarga akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Sumber : GEMPAK DOT COM