Noorshila Amin Tersingkir GV2019 Sebab Ifa Raziah Terlalu Over Sampai Meniru Anita Sarawak. Ini Respond Balas Ifa Raziah Tentang Itu

Penyanyi Ifa Raziah menjelaskan cara nyanyiannya dan persembahannya di Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bersama Noorshila Amin pada Ahad lalu itu adalah karakter dan stailnya apabila berada di atas pentas.

Ifa menjelaskannya selepas dia didakwa lebih menonjol daripada Noorshila Amin iaitu bintang yang bertanding di GV2019 ketika berduet lagu Dialah Di Hati milik penyanyi asal Datuk Seri Siti Nurhaliza

“IFA RAZIAH DIKATAKAN OVER* .

“Jom kita imbas kembali 6 tahun dahulu semasa GV1 .. sila tonton dari minggu 1 sehingga ke final .. Syukur Alhamdulillah walaupon suara Ifa tak seberapa tapi dapatlah juga tempat TOP 5 .. hanya itu jer rezeki yang Allah bagi so ifa kena terimalah & redha .. walaupun Ifa dah mencuba yang terbaik .. Adat bertandinglah Ada Kalah & Menangnya . .

“Itulah karektor Ifa Raziah sepanjang #GV1 .. sampailah dijemput menjadi rakan duet bersama peserta #GV6 kak @noorshilaamin smlm.. 🤔 .

“Buat Pengetahuan Semua ..Ifa adalah seorg Penghibur VERSATIL bukanlah seorang Penyanyi yang berdiri kaku & Ifa ada karektor tersendiri apabila beraksi diatas pentas .. .

“Semalan Ifa menyanyikan lagu *DIALAH DIHATI* Hadoii tak kan lah nak tiru cara nyanyian Dato Seri @ctdk .. kalau Ifa nak tiru pun tetap takkan sama.. suara Ifa ni lain walaupun tak sebagus penyanyi asal.. Tapi Ifa adalah IFA RAZIAH yang akan beraksi over apabila di atas pentas .. kerana itulah gaya Penghibur Ifa di pentas,” tulisnya.

Ifa menjelaskan perkara itu di akaun Instagram miliknya.

View this post on Instagram

*IFA RAZIAH DIKATAKAN OVER* . . Antara moment Persembahan MISS DIVA didlm Semifinal minggu ke 10 @gegarvaganzaofficial @gegarvaganza.2019 @astrogempak . . Jom kita imbas kembali 6 tahun dahulu semasa GV1 .. sila tonton dr episod 1 sehingga ke final .. Syukur Alhamdulillah walaupon suara ifa tak seberapa tapi dptlah jugak tempat TOP 5 .. hanya itu jer rezeki yg Allah bagi so ifa kena terimalah & redha ..🤲 walaupun ifa dah mencuba yg terbaik .. Adat bertandinglah Ada Kalah & Menangnya .. 👏 . . Itulah karektor *IFA RAZIAH* sepanjang #GV1 .. sampailah dijemput menjadi rakan duet bersama peserta #GV6 kak @noorshilaamin smlm.. 🤔 . . Buat Pengetahuan Semua .. Ifa adalah seorg Penghibur VERSATIL bukanlah seorg Penyanyi yg berdiri kaku & Ifa ada karektor tersendiri apabila beraksi diatas pentas .. . . Smlm ifa menyanyikan lagu *DIALAH DIHATI* Hadoii takkanlah nak tiru cara nyanyian Dato Seri @ctdk .. kalau ifa nak tiru pun tetap takkan sama.. suara ifa ni lain walaupun tak sebagus penyanyi asal.. Tapi ifa adalah IFA RAZIAH yg akan beraksi over apabila di atas pentas .. kerana itulah gaya Penghibur ifa di pentas . . . Bukan niat nak tiru Kak nita ker atau sesiapapun! Setiap penyanyi ada kelebihan & cara mereka yg tersendiri utk membuat persembahan.. ifa akui selalu memberikan impak maksima kpd setiap persembahan dan selalu sedar diri Vokal ifa tidak sepadu seperti Penyanyi Asal lagu itu.. 😅 . . Tugasan ifa hanya utk menghiburkan semua penonton dan berharap semoga semua penonton terhibur dan bukannya buat ceramah di atas pentas 🙄 . . Tahniah ifa ucapkan kpd kesemua Finalis GV6 👏 . So jgnlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.. kita ni org2 industri dah paham benar permainan ni .. dan kami redha dgn keputusan GV6 walaupun pedih utk diterima.. Tapi yg kalah tak semestinya diPersalahkan ataupun terus Mengalah!!. So ifa berharap peminat2 kak shila paham dan mendoakan semoga kak shila terus sukses didlm kariernya .. 💪 . . Ifa percaya Allah SWT dah mengaturkan yg terbaik utk kita semua.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ..Aamin Ya Rabbal Alamin 🤲 ❤️💋 from MISS DIVA ❤️ IFA RAZIAH

A post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

MENIRU ANITA SARAWAK

Tambah Ifa lagi, dia tiada niat untuk meniru gaya aksi penyanyi Anita Sarawak.

“Bukan niat nak tiru Kak nita ker atau sesiapapun!  Setiap penyanyi ada kelebihan & cara mereka yang tersendiri untuk membuat persembahan.. Ifa akui selalu memberikan impak maksima kepada setiap persembahan dan selalu sedar diri Vokal Ifa tidak sepadu seperti Penyanyi Asal lagu itu..

“Tugasan Ifa hanya untuk menghiburkan semua penonton dan berharap semoga semua penonton terhibur dan bukannya buat ceramah di atas pentas,” katanya lagi.

Dalam kapsyen itu juga Ifa sekali lagi meminta agar dia tidak dipersalahkan kerana menjadi punca Noorshila Amin tersingkir.

Noorshila yang turut membawa lagu secara solo, Kerna Terpaksa gagal mara ke peringkat final.

Selain Noorshila, Wann juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir.

Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).

Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).

Sumber : GEMPAK DOT COM