Zarina Anjoulie Buat Pendedahan Yang Mengejutkan Tentang Fara Mendoza Gugur. Ini Respond Balas Fara Mendoza

Tak habis-habis dengan publisiti murahan. Begitulah yang boleh disimpulkan apabila malam semalam kecoh seketika di laman Instagram apabila Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa Fara Mendoza yang dahulunya seorang pelakon pernah bertindak men ggu gurkan kandungan di sebuah tandas.

Siap live video lagi untuk tontonan pengikut si Zarina Anjoulie. Jika yang memang benar mengikuti perkembangan dua orang artis ini, memang tak lepas dari kontroversi.

Ramai sedia tahu Fara Mendoza sering memburukkan Zarina di media sosial atas persengketaan mereka. Persengkataan mengenai apa tidak lah pula diketahui.

Anda nilailah sendiri. Namun selepas beberapa jam Zarina mendedahkan video tersebut, Fara Mendoza telah tampil menepis dakwaan dengan mengatakan dia pada ketika itu telah di’rasuk’ dan sedang dalam proses pemulihan.

Ini jawapan fara mendoza

“KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,”

“KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung.

Zarina berkata demikian bagi membalas komen seorang peminat yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

zarina-anjoulie
Dalam masa sama, menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” katanya sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

“Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” tulisnya.

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang.

Malah, Zarina tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Video dan foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak kelmarin hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak mengenai tindakannya seolah-olah mempermainkan agama.

Sejak penularan video terbabit juga Zarina kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.

Sumber : Apple Hijau