Sambut Hari Lahir Puteri Tunggal, Ini Ucapan Fizo Omar… Menyentuh Hati

Usahawan dan pelakon Fizo Omar mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran puteri kesayangannya, Wan Maryam yang disambut semalam (29 Disember).

Fizo memuat naik beberapa keping foto bersama Maryam di laman Instagram miliknya bersama ucapan yang menyentuh jiwa.

Dalam tulisannya, Fizo melahirkan rasa gembira dengan kehadiran Maryam selepas empat tahun menanti bersama bekas isterinya, Mawar Karim.

“Wan Maryam Turns 2 (29 Disember 2017)

“Selamat ulang tahun kelahiran yg kedua buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

“Bila dikurniakan zuriat yang sihat dan membesar dengan baik dan membahagiakan semua orang.

“Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (Jumaat). 

“Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yg aku nantikan selama ini. Subhanallah hanya Tuhan saja yg tahu perasaan aku ketika itu.

“Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yang aku impikan selama ini, melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yang sangat bernilai dan moment yang terindah dalam hidup aku.

“Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 Julai 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih untuk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kepada zuriat kami Cik Yam.

“Ye lah, tiada siapa pun yang inginkan perpisahan, tapi berlakunya dengan izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yang terbaik utk kami semua,” luahnya.

Selain itu, Fizo menyatakan tanggungjawab terhadap Maryam tidak pernah diabaikan malah sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang daripada kedua belah keluarga.

“Alhamduliilah Cik Yam membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.

“Cik Yam adalah seorang anak yang sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddy nya.

“Setiap kali tiba giliran untuk menjaganya, dia sangat memahami dan tiada masalah untuk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak. Syukur alhamdulillah.

“Aku yakin dan percaya dengan perancangan Allah yang akan memberikan yang terbaik kepada hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yang terbaik untuk semua.

“Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku. 

“Walau apa pun yg terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila.

“Tiada lain yg aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini. Selamat Hari Lahir Cik Yam,” tulisnya lagi.

Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WAN MARYAM TURNS 2 (29 DEC 2017) . Selamat Ulang tahun kelahiran yg ke 2 buat anakndaku tercinta! Syukur Ya Allah, antara salah satu nikmat rezekiMu yg tidak dpt aku gambarkan dgn kata2.Bila dikurniakan zuriat yg sihat dan membesar dgn baik dan membahagiakan semua orang. . Selama 4 tahun perkahwinan menanti dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya Allah izinkan pada 29 Dec 2017 (jumaat). Betapa gembiranya aku saat melihat dan menyambut sendiri zuriat yg aku nantikan selama ini.Subhanallah hanya Tuhan saja yg tahu perasaan aku ketika itu. . Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang bapa yg aku impikan selama ini,melihat anak membesar depan mata sendiri adalah satu nikmat perjalanan hidup yg sgt bernilai dan moment yg terindah dlm hidup aku. Namun perancangan Allah itu adalah sebaik baik perancangan, 10 July 2019, dah tertulis jodoh aku dan Mawar berakhir disitu ketika Cik Yam berusia 1 tahun 6 bulan dan kami memilih utk berasingan dan dari status suami isteri bertukar menjadi sahabat dan co-parenting kpd zuriat kami Cik Yam. . Ye lah,tiada siapa pun yg inginkan perpisahan, tapi berlakunya dgn izin Allah dan semestinya Allah ada perancangan yg terbaik utk kami semua.Alhamduliilah Cik Yam membesar dgn baik dan mendapat kasih sayang yg secukupnya drpd kedua2 belah pihak.Cik Yam adalah seorang anak yg sangat bijak dan seolah olah dia memahami situasi Mama dan Daddy nya.Setiap kali tiba giliran utk menjaganya, dia sgt memahami dan tiada masalah utk bermalam dan tinggal bersama walaupun ketiadaan sebelah pihak.Syukur alhamdulillah. . Aku yakin dan percaya dgn perancangan Allah yg akan memberikan yg terbaik kpd hambaNYA dan Dia juga akan menjaga dan mengatur segalanya yg terbaik utk semua.Di hari lahir zuriat aku ini, aku hanya mampu bersyukur kpd Allah dan berterima kasih kpd bekas isteri @mawar_karim kerana pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat aku.walau apa pun yg terjadi jasanya itu tetap aku hargai sampai bila bila. . Tiada lain yg aku pinta, semoga Allah memelihara zuriat aku ini dan jadikanlah Cik Yam anak yang solehah, dan taat kepada kedua ibubapa, terutamanya ibu yang melahirkan kamu di dunia ini. . SELAMAT HARI LAHIR CIK YAM

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: GEMPAK