Pelakon, Mira Filzah sememangnya pada tahun 2019 menjadi selebriti wanita yang cukup popular. Tidak sekadar terkenal, malah dia juga membawa pulang trofi yang bukan calang-calang pada tahun ini dibeberapa majlis anugerah utama.
Namanya yang sering menjadi sebutan turut membuatkan dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32 dan tidak lama kemudian, Mira Filzah merangkul pula Ratu Telenovela 2019.
Kemenangan tidak henti-henti membuatkan dia telah digelar artis wanita paling laris. Perkara itu turut membuatkan dia meluahkan rasa syukur kerana tahun 2019 menjadi tahun bermakna buatnya.
Artis wanita paling laris
“Alhamdulillah, 2019 adalah tahun yg sgt bermakna bg Mira. Tahun seperti tahun ini, mungkin tidak akan berulang atau mungkin akan berulang selepas beberapa tahun lagi!.
“Kehidupan kita umpama putaran roda. Kadangkala kita diatas, kadangkala kita dibawah. Tajuk artikel ini sahaja sudah berat bg Mira. Terasa seperti ‘beban’, tetapi beban yg membawa kebaikan. ‘Beban’ yg menjadikan kita lebih bersemangat utk mengejar kejayaan dan menjadi lebih baik.”
“Pastinya ramai sahaja barisan selebriti/artis mahupun orang diluar sana yg meraih kejayaan, atau dilimpahi dgn rezeki yg banyak pada tahun ini. Rezeki bukan diukur pada kerjaya dan wang ringgit sahaja. Rezeki itu luas.”
“Dapat anak itu satu rezeki, rezeki yg tak ternilai hartanya. Kesihatan yg baik itu rezeki, dapat pekerja yg baik itu rezeki, dapat jodoh yg baik itu pun rezeki. Kita yg mengukur nilai rezeki dan kejayan yg kita kecapi.
“Paling penting, ucap Alhamdulillah pada setiap rezeki, kejayaan, kebahagian, mahupun dugaan dan ujian yg kita terima. Kerana setiap dugaan dan ujian itu, pasti terselit hikmah yg membawa kebaikan dan rezeki disebaliknya. Wallahu’alam. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat…”
Kata-kata Mira Filzah bagaimanapun menjadi perhatian ramai dan selain peminat, rakan selebriti turut meninggalkan komen menerusi posting pelakon popular ini.
Dalam pada itu, peminat turut bangga dengan kejayaan selebriti ini dan tumpang gembira.
“Well deserved Miwa…”
“Tahniah Mira so proud…”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mira Filzah via HCL