Pengaraca Ain Edruce meraikan bulan madu bersama suami tercinta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 27, berkongsi beberapa momen indah itu di laman Instagramnya untuk tatapan umum.
“First time in Dubai, kasi chance kak Ain honeymoon ye,” tulis Ain menerusi ruangan kapsyen.
Tiba di Dubai minggu lalu, Ain memuat naik foto bahagia dia bersama suami berlatarbelakangkan bandar Dubai yang cukup terkenal dengan bangunan Burj Khalifa, Dubai Miracle Garden dan banyak lagi.
Malah, Ain turut berkesempatan bertemu sensasi dunia, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe ketika makan malam di restoran chef terkenal itu.
Istimewanya lagi, bukan sahaja Ain dapat berfoto bersamanya, malah Salt Bae sendiri yang memotong daging untuk dinikmati pasangan itu.
“Mungkin bulan madu kami bertuah, tak sangka @nusr_et ada di sini! Makanan sedap, suasana best, segalanya sempurna. Bucket list 2019 dah selesai,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sekadar info, Ain dan pasangannya, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, telah disatukan pada 13 Disember pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: SINAR VIRAL NETWORK