Usahawan dan pelakon Fizo Omar berpendapat tidak sewajarnya memberi layanan yang tidak baik terhadap seorang lelaki yang meminta derma di kawasan umum.
Individu terbabit menjadi viral setelah disoal mengenai jumlah rakaat solat Asar namun gagal menjawabnya dengan betul.
Kata Fizo dia tidak menafikan kesilapan yang telah dilakukan namun merasakan tidak sepatutnya lelaki tersebut menerima kec4man seperti itu.
“Eh sama mcm Fizo Omar la…Ramai pulak yang dok tweet dan mesej aku pasal mamat solat asar 2 rakaat ni. Jadi aku pun terjebak la tengok sampai habis video ni.
“Pada aku simple je, salah tetap salah apa yang dia buat tu, tapi macam tak best pulak semua orang dok bantai dia macam-macam pasal dia meniipu minta sedekah dan solat asar 2 rakaat tu.
“Soal minta sedekah tu, aku rasa mesti ada dalang di belakang dia, kalau fikir logik takkan la dia datang jauh-jauh (aku rasa bukan local) dan terus boleh dan berani buat keje ni.
“So alang-alang kita dapatkan dalang tu. Cuba kita faham dia pulak, mungkin dia terpaksa, mungkin dia tak tahu pape, mungkin dia tersepit..allahualam.
“Soal solat pulak.. Pasti ke dia tu Islam, kalau tidak macam mana? Dan kalau dia Islam dan tak solat itu dia dengan Tuhan, akaun masing-masing.
“Jangan hiina dia,mungkin Allah nak uji dia dan terus bagi hidayah kat dia, jauh jadi lebih baik dari kita semua, sapa tahu kan?
“Yang dok mengata tu, solat je tak cukup brader n sister, itu tiang je. Tapi kalau tak ade dinding dan atap hujan panas pun terkena juga.
“Eh jap sebenarnya aku nak tanya ni… betul ke sama?” tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut mendedahkan ada terima kiriman mesej yang mengatakan wajahnya iras dengan lelaki itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: GEMPAK