Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Misteri kehilangan Mohamad Ashraf Hasan ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpanya.

Lebih menghibakan, video rintihan ibu kepada pemuda berusia 29 tahun yang lebih mesra dengan sapaan Acap yang memanggilnya ketika menyertai pasukan mencari mengundang sebak netizen.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak 23 Mac lalu kembali diteruskan sejak semalam.

Kehilangan Acap sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan kedudukkannya masih gagal dikesan walaupun misi pencarian dilakukan setiap hari.

Pelbagai perkongsian di media sosial dibuat oleh orang ramai sama ada yang terus berdoa supaya Acap segera ditemui dan ada juga individu-individu yang berkongsi pengalaman peribadi yang pernah berhadapan dengan situasi aneh ketika di hutan.

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Tak kurang juga ada yang berkongsi pelbagai ikhtiar sama ada secara moden mahupun alternatif bagi membantu misi pencarian sekaligus meredakan kebimbangan keluarga Acap terutama ibunya.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Perubatan Islam Nur Zikir, mereka telah melakukan pencarian di kawasan sekitar gua dalam peta pencarian setelah firasat ibunya mengatakan Acap berada di lokasi tersebut.

Ikuti perkongsian dan video dan gambar-gambar operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan mereka di bawah.

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini. Alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin.

Maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut.

Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.

Tadi kami masuk pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi. Esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

“Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..

maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..

terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi.. esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti”

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Pukul 11.30 malam kami bertolak menuju ke tempat dimana dikatakan ibunya bermimpi anaknya berada di dalam gua ini..antara detik perjalanan kami menuju ke gua itu penuh cabaran yang dihadapi..

perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan besar menuju ke gua itu..selesai urusan semalam kira2 pada pukul 5 pagi..nantikan video yang akan kami upload seketika nanti.

Pukul 11.30 malam kami bertolak menuju ke tempat dimana dikatakan ibunya bermimpi anaknya berada di dalam gua ini..antara detik perjalanan kami menuju ke gua itu penuh cabaran yang dihadapi..perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan besar menuju ke gua itu..selesai urusan semalam kira2 pada pukul 5 pagi..nantikan video yang akan kami upload seketika nanti.

Gepostet von Perubatan Islam Nur Zikir am Dienstag, 2. April 2019

 

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

KENAPA DITUTUP????????

Kawasan laluan track ini telah di tutup untuk org ramai.. KERANA dalam misi pencarian ada sesetengah pihak yg mengunakan unsur syirik dan khurafat sehingga ada yang berlaku kerasukkan di kawasan tersebut..ada yang berlaku menyeru nenek moyang keturunan dan sebagainya..

ada yang pengsan apabila smpai di atas bukit itu..inilah yang dikhabarkan oleh penghulu kampung di situ kepada kami. Menyukarkan pencarian mangsa serta menakutkan org kampung maka sebab itulah laluan di tutup.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membuat keputusan bagi memperluaskan skop pencarian peserta Gopeng Ultra Trail 2019 itu selepas tiada petunjuk baru ditemui.

Walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk menjejaki pemuda berusia 29 tahun itu di kawasan sekitarnya, namun Ashraf masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

1. Pencarian melalui trek asal 25km

2. Pencarian di puncak Batu Putih

3. Pencarian di Bukit Ratteh

4. Pencarian di semua kawasan isyarat pancaran telco

5. Pencarian di air hingga ke Tronoh Mines

6. Pencarian mengguna alat pengesan khas oleh 2 Briged

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

7. Pencarian mengguna tali turun tebing oleh bomba

8. Pencarian guna anjing pengesan9. Pencarian guna imam / ustaz

10. Pencarian oleh ibu mangsa bersama ustaz

11. Pencarian guna pawang / bomoh

12. Pencarian atas firasat rakan2 online

13. Pencarian guna drone

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

14. Pencarian guna heat detector

15. Pencarian secara rondaan motorsikal

16. Pencarian oleh unit Senoi Praaq (unit khas polis asli)

17. Pencarian oleh orang kampung

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

18. Risik balas oleh pihak berkuasa pada semua maklumat peribadi yang berkenaan

19. Pencarian oleh geng hikers

Hampir dua minggu ‘hilang tanpa bayang’, rata-rata netizen masih berharap agar segala urusan pencarian Ashraf dipermudahkan dan ditemukan dalam keadaan selamat.

Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia ‘ghaib’ tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian.

Tok Anjang masih belum berputus asa mencari Acap dan yakin dia akan ditemui.

Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi.

Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mStar Online turut berkongsi pengalaman menyeramkan sepanjang beberapa hari misi pencarian itu.

Amiruddin atau lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, gangguan di dalam hutan sebenarnya adalah perkara biasa, tambahan pula ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia.

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Enjin motosikal, lagu berentak Inang peneman pencarian Acap

Pun begitu kata Tok Anjang, ketika misi pencarian Acap, beberapa kenalannya yang turut mengikuti misi itu telah berhadapan dengan situasi cemas termasuk didatangi oleh seorang lelaki tua yang cuba memberi alamat tentang keberadaan Acap.

” Ada rakan Tok Anjang ni tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya dia sendiri yang kena apabila didatangi seorang lelaki tua ketika kami sedang khusyuk membaca al-Quran dan berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah.

Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan ujian daripada Allah.

” Tidak mengesyaki apa-apa, lelaki itu mendekatinya dan cuba memberi petunjuk tentang keadaan dan tempat Acap disembunyikan sebelum menghilangkan diri..

Lelaki tua misteri.. 

” Lebih pelik tiada siapa di antara kami yang perasan akan kehadiran lelaki tua itu sebelum dia hilang dari pandangan rakannya itu,” ceritanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, kata Tok Anjang, sepanjang berada dalam hutan terdapat kejadian mereka tiba-tiba disentuh pada bahagian kepala atau bahu.

” Terlihat kelibat makhluk mungkin biasa tetapi ketika mencari Acap kami pernah terdengar bunyi enjin motosikal serta lagu tradisional berentak Inang yang membuatkan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Rakaman Firasat Ibu Kuat Mengatakan Acap Berada Dalam Gua, Sukarelawan Mula Redah Gua Jam 12 Malam Semalam

Kumpulan 30 ustaz masuk hutan bantu cari Acap

” Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan itu anggap sahaja ujian daripada Allah,” katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung dan merentas hutan.

Bercakap mengenai misteri kehilangan Acap kerana disorok bunian, Tok Anjang tidak menolak kemungkinan itu kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Malah katanya, seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke hutan tersebut dalam usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.

30 ustaz tampil membantu

” Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allah…

Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.

” Usaha adalah penting buat masa ini dan Alhamdulillah setakat ini sahaja 30 ustaz tampil membantu sama-sama masuk ke hutan, panjat bukit dalam misi mencari Acap.

” Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana enggan melepaskan Acap,” katanya.

Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Sumber: Perubatan Islam Nur Zikir dan Hiking And Recreation Around Malaysia via Theklasik

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon