Gelagat Dua Budak S0lat Sempat Bisik “Nanti Beli Mainan”, Bikin ‘G3ram’

Pepatah Melayu ada menyatakan, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pepatah ini membawa maksud mendidik anak-anak biarlah dari kecil lagi. Tidak kira apa juga yang dilakukan sama ada tingkah laku, keagamaan dan sebagainya. Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan gelagat dua budak solat bersama.

Dalam video yang kemudian dikongsikan semula oleh Sinar_my tersebut menunjukkan kedua kanak-kanak itu sedang solat. Nampak seperti seorang abang dan seorang lagi adalah si adik berdasarkan saiz tubuh mereka.

Dalam rakaman itu kedengaran suara si abang sedang membaca bacaan solat dan diikuti si adik. Walaubagaimanapun selepas beberapa ketika si adik mula bermain dan si abang menunjukkan jari seolah mahu menjentik kepala adiknya. Tapi mulut masih membaca Al-Fatihah.

Setelah itu adiknya mula keluar saf dan berlari ke depan membuatkan si abang melambai memanggil adiknya. Sambil sempat juga berbisik “nanti beli mainan”. Nampaknya taktik itu berjaya dan adiknya kembali ke saf.

Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai tersebut:

VIDEO:

Video gelagat budak solat tersebut telah meraih lebih 8,000 tontonan dengan pelbagai reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen. Berikut antara komen netizen itu:

“Geramnya tengok tangan dia tu…”

“Ya Allah comelnya…Suara yang baca Al-Fatihah pun comel je”

“..Selalu mak-mak yang pujuk anak..Nanti beli mainan”

 

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: ROSE MERAH via KHALIFAH MEDIA