Sebelum ini industri hiburan kecoh dengan isu kemelut rumah tangga antara penyanyi dan pelakon popular, Aliff Aziz yang telah bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah dengan talak satu. Meskipun sudah berpisah, hubungan mereka berdua dipercayai masih baik sehingga telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan pasangan ini.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila Aliff dan Bella masing-masing telah memuatnaik satu foto ‘mesra’ mereka di Insta Stories.
Menerusi posting Insta Stories yang dimuatnaik Aliff Aziz di laman Instagram rasmi miliknya menunjukkan dia sedang berselfie bersama bekas isterinya, Bella Astillah di dalam sebuah kereta dimana Bella ketika itu seakan-akan tidak sedar dengan tindakan penyanyi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Bella juga turut memuatnaik satu foto ‘mesra’ sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff Aziz yang duduk di kerusi pemandu. Foto mesra tersebut sekaligus telah menimbulkan persoalan mengenai status hubungan sebenar pasangan ini.
Sementara itu, menerusi Insta Stories Bella juga, dia ada repost semula posting yang dimuatnaik oleh ibu kepada Aliff Aziz iaitu Fiza Aziz mengenai kata-kata mutiara dari akaun Twitter, Mufti Menk. Dalam posting tersebut tertulis mengenai kisah silam seseorang memberi cerminan terhadap kehidupan kita pada masa akan datang.
Sungguhpun begitu, kita sebagai manusia tidak seharusnya mengulangi kesilapan sama yang pernah kita lakukan pada suatu ketika dahulu kerana babak baru dalam kehidupan sentiasa menanti kita dari hari ke hari. Maka, jadilah seorang manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini. Perkongsian tersebut walau bagaimanapun seakan-akan memberi gambaran mengenai hubungan mereka.
Sumber: Aliff Aziz, Bella Astillah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: OH BULAN