“Saya nak jaga privasi Sefhia. Lagipun tak lama lagi dia akan mula bersekolah. Jadi, saya tak mahu dia menjadi tumpuan dan privasinya terganggu,” demikian kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun selepas beberapa tahun ‘menyembunyi’ wajah anak tunggalnya di media sosial.
Elly berkata, dia hanya akan ‘mendedahkan’ wajah Sefhia itu untuk tempoh beberapa minggu di media sosial sebelum memadamnya kembali atas faktor privasi. Wajah Sefhia mula dimuatnaik di media sosial sejak majlis malam berinai sempena perkahwinan Elly dengan Mohamad Azlan, Sabtu lalu.
“Apabila dia sendiri sudah besar dan izinkan saya untuk kongsikan gambar-gambarnya, saya akan berbuat demikian. Buat masa sekarang, saya kongsikan gambar sepanjang di majlis malam berinai dan resepsi. Selepas ini akan tutup semula,” ujarnya.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini juga tidak merasakan tindakan ibu bapa lain yang gemar berkongsi gambar anak di media sosial sebagai satu kesalahan: “Tindakan saya untuk menjaga privasi anak saya.
“Bukan bererti ibu bapa lain yang gemar berkongsi gambar anak mereka sebagai satu kesalahan. Setiap orang ada cara tersendiri dalam menjaga dan memastikan privasi anak terjamin. Semua orang ada hak masing-masing,” tutur Elly.
Sefhia antara yang menjadi tumpuan ketika majlis malam berinai, akad nikah dan resepsi Elly dan Mohamad Azlan yang berlangsung hujung minggu lalu.
Dalam pada itu, suaminya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azlan mengakui dirinya terpikat dengan kelembutan Elly dan menyifatkan dia lelaki paling bertuah kerana memiliki Elly: “Kelembutannya buat saya tertarik.
“Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa. Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya.
Dalam pada itu, Azlan berkata dia tidak akan menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini kerana dia percaya Elly tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri.
“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon. Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” jelasnya.
Sementara itu, Elly menerusi laman Instagram miliknya telah mendedikasi nukilan syahdu buat bapa kesayangannya, Syed Hanafi Syed Abdullah. Turut disertakan bersama nukilan adalah foto yang merakamkan bapanya sedang memberikan ucapan di majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Seperkara yang betul-betul membuatkan peminat tersentuh dengan nukilan tersebut adalah bait-bait ayat melambangkan perasaan gembira dan sebak Elly sebagai seorang anak terhadap kasih sayang yang dicurahkan oleh bapanya sehingga kini. Selain itu, Elly juga menyatakan rasa rindu terhadap arwh ibunya Sabariah Ahmad yang meninggal dnia akibat sesat nafas pada 11 Mei 2014.
“Abah tercinta.. tq abah.. kite nmpak betapa sayangnya abah dkat suami kita.. kite bahagia sgt tgk abah bersembng, ketawa, tunggu menantu balik sekolah utk makan sekali, cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu, bg hadiah dkat menantu Dan paling kite happy bile abah selalu nasihat kite jaga suami baik2.
“InsyAllah abah, kite akn Cuba buat yg terbaik.. kite tau kite x sempurna.. byk lg kite perlu belajar. Kite bukan saja nak jd Isteri yg baik Dan Taat ,malah kite pun nak jd anak yg baik buat abah, InsyAllah
“Wahai Abah.. tq diatas segala yg abah curahkan kpd kite dari baby hinggalah skrg.. Alhamdulillah skrg kite da punya suami.. InsyAllah Menantu & Kite akn jaga abah sampai bila2 ya.. Azlan , Kita & Sara Sefhia akn sentiasa bersama abah. Kita sayang abah. Mama.. kita bahagia Sgt, mama .. Mama… kite rindu mama sgt2 Al-Fatihah utk Mamaku Sayang,” tulis Elly.
Terdahulu, Elly sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020 selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal. Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: HM/myartis