Aktres Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, kini sedang menunaikan ibadah umrah.
Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Intan tidak keseorangan tetapi turut serta ahli keluarganya yang lain.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya ketika di sana.
Intan menerusi Instagram Storiesnya turut memuat naik ‘screenshot’ komen tersebut.
“Ada eh yang posing macam ni kat Jabal Uhud.
“Tak tahulah niat dia apa kat sana,” antara komen-komen yang ditinggalkan.
“Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak. I jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau.
“Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan bvsuk sangat. Niat I, I sendiri tau. Antara I dengan Allah.
“Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang bvsuk tu. Terima kasih,” balas Intan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak