H0sp1tal kor0nav1rus pertama di China akhirnya dibuka pada hari ini di sebuah bandar berhampiran Wuhan.
Menurut laporan media tempatan, kumpulan pertama pes4kit kor0nav1rus telah dipindahkan ke Pusat Perub4tan Serantau Daibie Mountain sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.
Projek berkenaan selesai dalam masa 48 jam atas usaha pelbagai pihak seperti firma pembinaan, syarikat utiliti, dan pegawai polis paramiliter.

Bangunan hosp1tal di daerah Haungzhou asalnya dibina sebagai cawangan baru kepada Hosp1tal Pusat Huanggang dan dijangka dibuka pada bulan Mei. Namun, pada hari Jumaat, pihak berkuasa mengarahkan agar bangunan tersebut digunakan untuk mer4wat pes4kit kor0nav1rus sahaja.
Usaha membina bangunan tersebut telah melibatkan lebih 500 orang pekerja dan berdozen jentera berat yang berkerja setiap hari.
Kor0nav1rus telah membunuh sekurang-kurangnya 131 orang di China dan hampir 6000 orang yang terjejas di seluruh dunia. Walaupun hosp1tal kor0nav1rus Huanggang adalah yang pertama dibuka, namun ianya bukanlah yang pertama dirancang.
Pada Khamis lepas, kerajaan tempatan telah mengumumkan bahawa mereka akan membina hosp1tal untuk menempatkan pes4kit v1rus ini. Bangunan ini dibina berdasarkan model pusat perub4tan di Beijing ketika wab4k SARS menyer4ng pada tahun 2003.
Sumber: Daily Mail
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: