“Siap Ada Tarian Singa,” Tahun Baru Cina Keluarga Majmuk Ebit Lew Meriah

Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia sememangnya meriah. Lebih-lebih lagi jika mempunyai keluarga besar dan saling pulang ke rumah orang tua untuk berkumpul dan berjumpa bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Disebabkan masyarakat yang majmuk di negara ini, tidak hairan langsung jika ada dalam kalangan mereka sudahpun berkahwin dengan pasangan berbangsa lain dan sudahpun menukar agama.

Siap ada tarian singa di depan rumah

Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah masalah bagi sesetengah pihak kerana ia langsung tidak memutuskan perhubungan sebagai sebuah keluarga.

Hal tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang  sama-sama berkumpul dengan saudara-mara pada sambutan Tahun Baru Cina keluarganya tempoh hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy chinese new year. Inilah keluarga besar saya. Happy best giler raya cny dapat jumpa semua ahli keluarga dan saudara dekat. Silaturrahim amalan teramat mulia dan besar. Gong xi fa cai kepada semua. Semoga semua menjadi asbab kebaikan dan hidayah- ebitlew #cny2020 #ebitlewWithFamily #keluargasunnah #9feb2020 www.transformjiwa.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Keluarga besar berkumpul di kampung

Meraikan Tahun Baru Cina di kampung halaman, Ustaz Ebit Lew sempat berkongsi kemeriahan perayaan tersebut di media sosial miliknya.

Melalui gambar-gambar yang disertakan, jelas sekali keluarga besarnya bersikap terbuka dalam pegangan masing-masing dan kekal menghormati antara satu sama lain.

Bersama saudara-mara

Kagum dengan silaturrahim ustaz

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik yang dilakukan oleh Ebit Lew, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di Instagram miliknya.

Mereka juga sempat mendoakan agar keluarga besar Ebit Lew terus menjalinkan ukhwah sebaiknya dan diberi kesejahteraan hingga ke akhir hayat.

 Sumber : Ebit Lew

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Rosemerah