PUTUS cinta mungkin meny4kitkan, tetapi hubungan tak kesampaian sebelum melangkah ke fasa bercinta tidak kurang peritnya.
Lebih menusvk jiwa apabila apabila si dia sering muncul dalam angan-angan untuk disunting menjadi isteri suatu hari nanti.
Mungkin itulah agaknya tanggapan orang ramai terhadap seorang lelaki yang memegang kadbod di ibu kota Kuala Lumpur ini.
“Jangan bagi harapan, tak suka jangan layan,” menurut tulisan pada kadbod yang dipegang jejaka berkenaan yang memakai baju-T biru.
Gambar Dzohair memegang kadbod menjadi tular di media sosial.
Pemuda tersebut, Dzohair Zaidan berkata, apa yang dilakukannya di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur itu merupakan sebahagian kempen kajian sosial terhadap masyarakat yang dibuat bersama rakan-rakannya dengan motif yang berbeza.
Menurut Dzohair menerusi kajian tersebut dia bersama empat lagi rakannya masing-masing memegang kadbod tertulis ayat-ayat berkaitan kisah hidup masyarakat hari ini seperti kisah tular segelintir pelajar yang menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat belajar sehingga ditegur secara sinis oleh pelanggan lain.
Selepas gambar masing-masing yang diambil, pengalaman masyarakat termasuk mereka sendiri itu akan dikongsi di media sosial bagi memupuk kesedaran umum dengan pendekatan secara komedia.
Bersama rakan-rakan yang membuat kajian sosial masyarakat di sekitar Kuala Lumpur. Foto instagram bebudak.kadbod
Anak muda berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengakui pernah merasai pengalaman patah hati bersama gadis yang disukainya, seperti mana yang tertulis pada kadbod yang dipegangnya.
“Kadbod yang saya pegang tu bukan setakat ditujukan kepada kaum perempuan, tetapi juga buat lelaki yang suka memberi harapan palsu kepada orang lain.
“Saya sendiri pernah mengalami pengalaman mengenali beberapa perempuan yang saya suka dan beri harapan, tapi akhirnya dia sebenarnya sukakan orang lain… rasa macam kena game,” katanya kepada mStar sambil menambah dia memegang kadbod tersebut di tepi jalan P.Ramlee selama kira-kira 20 minit.
Dzohair mengalami pengalaman pahit dengan wanita yang memberikan harapan palsu.
Dzohair berkata, apa yang dikesalkannya apabila seseorang itu memberi harapan palsu sejak awal perkenalan.
“Apa motif dia tunjuk sukakan saya kalau dia tak nak ada hubungan lebih serius dengan saya. Ini sampai ke tahap perkenalkan saya pada mak ayah dia.
“Walaupun dia taklah perkenalkan saya sebagai boyfriend, tapi setahu saya bukan mudah untuk seseorang gadis itu nak bawa kawan lelaki perkenalkan dengan mak ayah. Bagi saya, itu macam sudah ke tahap hubungan yang seterusnya,” katanya.
Saya sendiri pernah mengalami pengalaman mengenali beberapa perempuan yang saya suka dan beri harapan, tapi akhirnya dia sebenarnya sukakan orang lain… rasa macam kena game.
DZOHAIR
Dia turut menegaskan tidak berminat dengan mana-mana wanita yang mempunyai teman lelaki, apatah lagi mahu merampas tunang atau isteri orang.
“Apa yang saya tekankan adalah wanita single. Dia suka kita, tiba-tiba pergi couple dengan lelaki lain. Sebab itu saya kata kalau tak suka saya atau sesiapa pun, janganlah layan lebih-lebih,” ujar pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu.
Dzohair tidak berminat dengan mana-mana wanita yang mempunyai pasangan.
Dzohair yang merupakan eksekutif di sebuah agensi pengembaraan berkata, pengalaman telah mematangkan dirinya agar lebih berhati-hati mengenali hati budi wanita sebelum menjalinkan hubungan serius.
“Mujur saya ni ‘jantan’… bukan jenis yang mudah menangis bila hubungan tak kesampaian. Tapi kecewalah juga, cuma kena move on.
“Buat lelaki di luar sana, kita kena ada kawan-kawan lelaki yang boleh bagi sokongan dan semangat kat kita kalau tengah frust, dan perempuan pun janganlah melayan lelaki kalau tak suka dengan orang tu,” tambahnya.
Pemuda ini tidak berhenti berharap mencari cinta.
Bagaimanapun, pengalaman pahit tidak membuatkan anak bongsu daripada enam adik beradik itu berhenti berharap, malah terus berusaha mencari pasangan yang serasi.
“Saya taklah handsome mana pun, tapi kelakar. Dan saya tahu ramai perempuan sukakan lelaki yang kelakar macam saya.
“Saya cari perempuan yang lemah-lembut, jaga penampilan dan bukan jenis bersosial. Jadi market dia taklah tinggi sangat, dan tak ada ramai lain nak rebut dia juga,” katanya secara berseloroh.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:mstar