“Insyallah Allah Beri Kekuatan Dan Kesabaran Kepada Kepada Akak…” – Zarina Kongsi Video Linangan Air Mata Beliau, Sentuh Hati Netizen

Semalam, pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi dua video yang dikongsi secara berasingan. Lalu, video tersebut nyata menjentik hati netizen dan rakan selebriti.

Video pertama yang dikongsi ialah keratan salah seorang anaknya yang menghidap autisme, Muhammad Razil Azrai atau Azil dilihat memberont4k lalu mengas4ri Zarina.

Azil memberont4k kerana masih mahu keluar meski sebelum ini sudah pun keluar bersiar-siar.

“Balik jalan terus mandi lepak dlm bilik kemudian ajak keluar lagi,” tulisnya ringkas.

Sementara menerusi video kedua pula, Zarina memuat naik dirinya yang dirakam mengalirkan air mata sambil memberi isyarat ‘okay’ pada penghujung video.

Lalu, perkongsian berkenaan telah meninggalkan reaksi simpati dari para pengikutnya di Instagram.

Rata-ratanya memberi semangat buat pelakon tersebut selain memuji akan kekuatan dirinya sebagai seorang ibu kepada anak-anak autisme. Malah, rakan selebriti turut memberi semangat buatnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:: Instagram Zarina via @NoteUntukAwak