Sarah rasa bersalah pada Lok U

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin mengakui menyes4l apabila terlupa mengundang arw4h Faizal Uzir atau Lok U pada majlis pembukaan perniagaan kedai minumannya pada penghujung tahun lalu.

Sarah, 36, berkata, perkara itu membuatkan dirinya rasa bers4lah dan seb4k dengan pemerg1an meng3jut pengarah muzik itu pada 22 Januari lalu.

“Hubungan saya dengan arw4h memang sangat rapat. Di kala saya rasa diri tidak cukup bagus sebagai penyanyi, dia yang sentiasa percaya bakat saya.

“Saya rasa bers4lah apabila terlupa mengundang arw4h ke majlis pembukaan kedai minuman saya. Arw4h pernah menyatakan hasrat mahu berniaga dan minta nasihat saya.

“Saya beritahu, saya akan bantu jika mahu mencuba, tetapi hajat tak kesampaian. Saya sangat menyesal dan sampai sekarang rasa bers4lah terhadapnya,” katanya pada pelancaran lagu terbarunya berjudul Dap Dap Dap, baru-baru ini.

Sarah juga sepatutnya dalam proses menghasilkan sebuah single balada bersama Lok U yang bakal dilancarkan selepas Aidilfitri kelak.

Sarah mengakui agak hairan apabila Lok U melengahkan untuk menyiapkan susunan lagu berkenaan sebelum pemergiannya.

“Mengenali arw4h, dia bukan jenis suka melengahkan kerja. Saya ada bertanyakan mengenai lagu itu dua hari sebelum dia men1ngg4l dan mengatakan lagu itu hampir siap.

“Arw4h juga meminta saya mendengar lagu ciptaanya yang didedikasikan buat arw4h Kelly dan Aji. Dia turut berhajat mahu saya menyanyikan lagu itu,” katanya.

Terdahulu, pem3rg1an Lok U meng3jutkan industri muzik tempatan. Arw4h menghembvskan nafas ter4khir di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan disebabkan ses4k nafas selepas pulang dari joging.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mymetro