Kontr0versi AJL34, Drama Band minta maaf

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza mempertahankan persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, malam tadi, sebagai krit1kan sosial yang disampaikan dalam bentuk satira.

Mend4kwa tidak berniat mengec4m atau menjadikan karakter mana-mana individu sebagai sind1ran, Aepul bagaimanapun memohon maaf atas keterl4njuran mereka.

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterl4njuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang.

“Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,” katanya kepada BH Online.

Ketika mempert4ruhkan lagu Drama ciptaan Aepul, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, Drama Band yang diiringi penari, menonjolkan beberapa karakter yang dilihat seakan-akan meny1ndir selebriti, pendakwah bebas, ahli pol1tik dan pemimpin.

Berikutan itu, TV3 tidak menyiarkan klip video persembahan band itu di akaun YouTube, sejak malam tadi.

Aepul yang mend4kwa terkejvt diberitahu klip video mereka tidak disiarkan di YouTube, berharap kumpulan itu tidak dihalang membuat persembahan pada mana-mana acara selepas ini.

Aepul mengulangi apa yang dipaparkan hanyalah par0di.

Ditanya adakah produksi AJL34 tahu perancangan mereka dalam persembahan malam tadi, Aepul berkata, mereka hanya memaklumkan sebahagian daripada plot yang mahu dipaparkan.

“Kami tidak beritahu watak yang ditampilkan secara terperinci. Tetapi kami beritahu ada elemen kejvtan dalam persembahan itu.

“Insya-Allah, selepas ini, kami belajar daripada kesil4pan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online