‘Tiada siapa boleh ganti Abam’, tiada istilah abang dalam hidupnya lagi- Ali Puteh

KUALA LUMPUR: Selepas tiga bulan keh1langan anak, pelawak, Ali Puteh diuji sekali lagi dengan keh1langan abangnya, allahy4rh4m Abam, pagi semalam.

Bagi Ali, dia tak mampu berdepan dengan ujian besar, namun tiada pilihan, selain menjadi kuat.

“Saya tak mampu mengharungi semua ini, termenung memikirkan nasib selepas ini.

“Saya percaya ketentuan, qada dan qadar Allah SWT. Ini perancangan terbaik untuk saya menjadi lebih kuat.

“Tuhan pilih uji saya, jadi saya telan segala-galanya,” katanya.

Kata Ali, tiada istilah abang dalam hidupnya lagi.

“arw4h menjadi pakar rujuk sepanjang hidup termasuk menyertai dunia lawak jenaka. Apa sahaja persoalan, saya akan tanya arw4h bagaimana mahu menyelesaikannya.

“Saya kena belajar menerima hakikat yang l1ku-l1ku kehidupan akan dijalani sendiri. Tiada lagi abang yang saya sayang untuk menjadi pembimbing,” katanya.

Ali berkata, dia dan arw4h sepatutnya muncul dalam program masakan yang dirancang selepas Aidilfitri ini.

“Nampaknya, hasrat kami tak kesampaian. Selepas ditunda banyak kali, akhirnya mendapat lampu hijau untuk melaksanakan program ini selepas raya.

“Perancangan tidak akan menjadi tanpa arw4h. Memang takkan ada orang lain dapat menggantikannya dalam hidup saya,” katanya.

Ditanya mengenai ibunya, Sabariah Arshad yang sering dimanjakan Abam, Ali berkata, dia akan mengambil masa untuk mententeramkan keadaan ibunya.

“Mak selalu s4kit. Saya kena ambil alih tugas arw4h untuk menjaga Mak,” katanya.

Ali turut menyifatkan arw4h abangnya seorang anak dan insan yang baik.

“Dia manusia yang baik. Buktinya, lihat saja berapa ramai orang yang datang memberikan penghormatan terakhir di masjid dan kubvr.

“Segala-galanya terbukti hari ini. arw4h Abam disayangi ramai dan insan yang hebat.

“arw4h selalu cakap dengan saya, jika kita buat baik dengan orang, pasti diri disayangi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online