Masjid Penuh. Ternyata Ini 3 Amalan Abam Bocey lakukan dlm hidup

TELET4HNYA yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Allahy4rham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan-rakan.

Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan Abam sebaris dengan pelakon dan pelawak popular tanah air.

Walaupun berbadan besar, tetapi itulah kelebihan Abam yang membantunya muncul sebagai pelawak popular.

Dalam kumpulan Bocey yang dianggotainya bersama Fad dan Achey, dialah sebenarnya tarikan utama disebabkan bentuk fizikalnya itu di samping bakat dimiliki.

Ini ditambah dengan ‘tagline’ Gemuk Is Awesome yang meningkatkan lagi populariti Abam.

Abam yang dilahirkan di Gombak, Selangor pada 19 Januari 1988 mula dikenali selepas menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 pada 2013 bersama Fad menerusi kumpulan Bocik.

Berikut perkongsian Salehuddin Nasir menegenai 3 amalan Abam ketika hidupnya

“Saya bersama dengan izin allah dapat menyembahyangkan jen4zah abam Bocey.Bersama saya ialah us Haslin Bollywood,Us Fadil Nor,Us Syed Kadir Aljofri,us Syed Norhisham Padang,Imam Muda Asyraf,Pu Amin dan pu Jo dan ramai lagi para ulamak yang turut hadir.

Saya kehairanan memikirkan amalan apakah yang Abam Bocey lakukan dalam hidup nya hingga begini Allah muliakan hari akhirnya.Ribuan manusia termasuk rakan artis yang hadir.Semua berwajah hiba dan simpati dan tidak putus mendoakan.

Jumlah yang hadir lebeh dari seramai solat jumaat.Bahagian dalam,luar,kiri dan kanan masjid penuh sesak.

Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang abam Bocey lakukan dalam hidup.Pertama beliau tidak pernah meninggalkan ibu nya.Menjaga dan mentaati nya.Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak.Ketiga beliau rajin bersedeqah.

Sabda Nabi saw:Ambil lah contoh orang yang telah m4ti di kalangam kamu.

Berehatlah abam.kami mendoakan mu”

Selain Itu, PU Amin juga berkongsi perkara serupa mengenai amalan baik Abam ketika hidupnya

“Apa amalan baik yang kamu buat di dunia duhai sahabat ? Seluruh masyarakat mendoakan mu . 3 amalan abam untuk kita contohi adalah , taat dan berbakti pada ibu nya , kuat bersedekah dan rajin untuk menghidupkan program dakwah di masjid masjid..

.Pemergian mu menghidupkan hati hati yang m4ti . Kau lagenda yang terus disayangi . Semoga Allah memberi kerehatan dan kasih sayang Nya padamu . Orang melimpah keluar masjid beraolat dan mendoakan mu . Alu bersaksi kau seorang yang sangat baik . Seimbang antara kerja dunia dan bakti akhirat . Semoga kita berjumpa kelak di Syurga Allah . Terus hadiahkan bacaan Al Fatihah dan doakan keselamatan dan kerehatan yang sempurna buat arw4h Syed Umar Mukhtar @ Abam”

Abam menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan ibunya pada Ogos tahun lalu.

Bocik muncul naib juara manakala Achey yang ketika itu tampil solo muncul sebagai juara.

Mereka kemudian bergabung menubuhkan kumpulan Bocey dan muncul pertama kali dalam program Maharaja Lawak Mega pada 2013.

Di situlah bermulanya populariti Abam bersama Bocey dan mereka tidak menoleh ke belakang lagi.

Sepanjang pembabitannya, Abam juga aktif berlakon dan pernah membintangi beberapa filem antaranya Suatu Malam Kubvr Berasap 2, Kawan Aku M4ti Dalam Rumah Sewa, H4ntu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bus Stop, Isteri Untuk Dijual, Kecoh Primadona Kena H4ntu dan Jodoh Sy4itan.

Antara drama dan telefilem dibintanginya adalah Mak Cun musim ketiga, Oh My Pondok, Saka Sisters, Tuyul ke London, Homestay Berh4ntu, Projek Bakar Lemang, h4ntu Rumah S4kit Ji1wa dan Terpan4h Asm4ra.

Antara pencapaian Allahy4rham adalah memenangi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015.

Ucapan kemenangannya dalam ABPBH 2014 antara yang paling diingati sehingga kini hingga tercetusnya tanda pagar ‘Gemuk Is Awesome’.

Pencapaian lainnya adalah juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, juara MLM 2017, naib juara MLM 2018 dan tempat ketiga MLM 2019.

Selepas meniti puncak populariti, Allahy4rham yang juga abang kepada pelawak, Ali Puteh menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, pada 8 Disember 2017.

Mereka disatukan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang dilahirkan di h0sp1tal Selayang, Selangor pada 14 Jun 2019.

Selepas kelahiran anak sulungnya, Abam pernah menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : duniadanakhirat