Allahy4rh4m Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Abam Bocey telah memberi inspirasi buat orang ramai.
Sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau.
Dalam satu video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kvbur ketika menziarahi kvbur Abam di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.
Katanya, penjaga kvbur itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi bukti kebaikan Abam pada malam selepas pengebvmian allahy4rh4m.
Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perkvburan, dia didatangi seorang wanita yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.
Wanita itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kvbur allahy4rh4m, tambahnya.
“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arw4h Abam, tolonglah pakcik.”
Biarpun permintaannya ditolak, wanita itu terus merayu.
“Esok je lah. Kubvr ni tak ke mana. Esok je datang,” kata penjaga kubvr berkenaan.
Tidak berputus asa, wanita itu terus merayu.
“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.
Selepas dirayu, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan kvbur Abam.
Bila ditanya wanita itu sama ada dia merupakan saudara mara, wanita itu menafikannya.
“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”
Sungguh mulia hati Abam ketika hidupnya sehingga kisah-kisah kebaikan yang dibuat terus disebut-sebut selepas kem4tiannya.
Semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua.
Sumber: Ustaz Hanafiah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Siakap Keli