“Dia Bukan Dedahkan Aurat, Pakai Skirt Pendek Atau…,” – Ini Komen Balas Khir Rahman Bila Tonton Persembahan Aina Abdul ‘Live’ Di AJL34

Meski Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) telah melabuhkan tirai Ahad lalu, namun ia masih diperkatakan, misalnya persembahan penyanyi Aina Abdul mengundang kontroversi menerusi lagu Sumpah.

Konsep persembahan yang secara tiba-tiba cecair merah mencurah keluar sebagai simbolik d4rah telah member rasa kurang senang sesetengah pihak.

Ada yang berpendapat, ia boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.

Dalam masa sama, pelakon Khir Rahman ada memberikan pendapatnya sendiri mengenai persembahan terbabit.

“Ayuh rakyat Malaysia, kita kena kuat mental. Dia (Aina) bukan mended4hkan aurat, pakai skirt pendek atau memperlekehakan agama atau mengkr1tik kerajaan dan sebagainya. 

“Dia cuma ingin membuatkan busana dia berfungsi ketika persembahan di atas pentas. 

“Dress yang membolehkan ia mengeluarkan air berwarna merah, kita tahu ia bukan d4rah sebenar. Kalau tak, dia dah tak boleh buat persembahan dah. 

“Ia adalah sebuah simbolik, perlambangan kepada kes4kitan dan kekecewaan. Ia adalah sesuatu yang kreatif. Kenapa dia dibahan bagai nak rak,” katanya sambil merakam video menerusi Instagramnya.

Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba air berwarna merah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.

Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Shadow itu telah memohon maaf dan  menjelaskan konsep persembahannya adalah sebagai ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan ini.

Video : Instagram Khir Rahman

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH