Nia Ramadhani Mengaku Kali Pertama Beli Beg Jenama Berharga RM13,000 Di Indonesia

PELAKON Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan peminat dan netizen apabila mengakui pertama kali membeli beg berjenama di Indonesia.

Menurut laporan Kapan Lagi, Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika bersiaran dalam program Ngopi Dara pada Sabtu lalu.

“Ini pertama kali saya beli tas tangan di Indonesia,” kata Nia kepada pengacara bersama, Jessica Iskandar.

Hasil carian di laman web rasmi jenama tersebut mendapati tas tangan bewarna hijau itu bernilai AS$3,150 (RM13,000).

Sebelum ini, tas tangan jenama Dior itu mencuri perhatian peminat semasa Nia memuat naiknya di laman Instagram.

Nia ketika itu bergambar santai di tangga sambil memegang beg tersebut sambil bergambar di depan cermin.

Sumber : mStar

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rose Merah