Abam suka tolong kawan-Abam yang dikenali, tidak pernah menolak permintaan sahabat yang mengharapkan pertolongan.

KUALA LUMPUR: ‘Mintalah bantuan apa sahaja, pasti ditolong.’

Itu antara sifat allahy4rh4m Abam dikenang Mark Adam yang masih bersedih dengan pemerg1an sahabatnya itu.

Mark berkata, Abam yang dikenali, tidak pernah menolak permintaan sahabat yang mengharapkan pertolongan.

“Tidak susah untuk meminta tolong daripada arw4h. Selepas membantu, dia pasti bertanya, apa lagi yang boleh dilakukan,” katanya kepada BH Online.

Isnin lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arw4h Abam ketika tidur di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.

Mark berkata, arw4h Abam mempunyai aura yang sangat positif.

“Kita dapat rasa apabila duduk bersamanya. Sebab itulah orang-orang di sekeliling sentiasa gembira berada di sampingnya,” katanya.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 40, teringat detik dikejutkan berita kem4tian Abam, yang pada mula dianggap khabar angin, sehinggalah membaca perkongsian Fad dan Achey di media sosial.

“Sepatutnya, kami bekerjasama melalui teater Korupsi Dewan Semandung yang akan dipentaskan di Istana Budaya.

“Sesi latihan sepatutnya bermula Isnin lalu tetapi ditangguhkan atas pemergian Abam. Semestinya tempat Abam tidak akan digantikan oleh sesiapapun,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online