Mahu Selesaikan Isu Identiti, Sajat Sedia Bertemu JAKIM

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur saj4t atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita serta lengkap bertelekung menunaikan umrah sekaligus mengundang kec4man hebat masyarakat.

Susulan isu itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mend4kwa status jantina saj4t sudah disahkan sebagai seorang lelaki selepas bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terbaru, saj4t bersedia bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identitinya. Ujarnya, bukannya dia tidak mahu membuat pemeriksaan perubatan di h0sp1tal tetapi dia tidak diberikan sebarang surat sokongan daripada JAKIM.

“Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke h0sp1tal tanpa sebarang surat sokongan.

“Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada BH Online.

saj4t juga mend4kwa, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi. Katanya lagi, dia mahu selesaikan perkara itu selagi ibu bapanya masih hidup.

“Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun, sekarang, saya yang perlu menanggung semua ini sendirian,” katanya.

“Ibu bapa saj4t boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya