[VIDEO] ” Hadap Game Tuu Macam Nak M4ti Esok..” – Satu Malaysia Tengok Johan Kena Bebel Dengan Isteri

Buat pengikut laman sosial Johan Raja Lawak sudah pasti sedia maklum mengenai betapa bahagia pelawak itu disamping isteri, Ozlynn dan 5 anak mereka. Namun, sedangkan lidah lagikan terg1git inikan pula suami isteri. Naik dar4h dengan suami yang asyik bermain game, Ozlynn membebel kepada Johan, yang ketika itu sedang live streaming game di Facebook!

Game bola FIFA Johan tiba-tiba terganggu apabila suara Ozlynn yang nyaring masuk ke dalam siaran live Johan. Ozlynn didengari membebel kepada suaminya itu yang terlalu leka bermain game bagaikan tiada hari esok. Johan kemudian membalas mengatakan itu adalah game terakhirnya.

Tambah Ozlynn lagi, dia sudah menunggu lama si suaminya dan sudah diberi peringatan sebelum itu namun tidak diendahkan. Permainan yang berlanjutan sehingga lewat malam membuatkan Johan dikatakan susah bangun awal pagi untuk solat Subuh.

Video itu dimuatnaik pengguna Twitter Khairil Anuar yang mendapat lebih 2 ribu perkongsian dan lebih 1 ribu likes pengguna laman sosial itu yang turut terhibur dengan Johan yang teruk dibebel isteri.

Komen Netizen

Sumber: Khairil Anuar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kecoh Habis