Adik Abam Ali Puteh terkeejut tiba tiba je ada 40 pelajar tahfiz tunggu depan pintu.

“Abam memang pemurah dan tak pernah berkira… benda ini dia tak pernah heboh pada sesiapa, dia tak pernah tunjuk atau beritahu orang… dia pernah kata dekat saya buat apa nak tunjuk nanti jadi tak best!

Terlalu banyak rahsia dan amalan kebajikan yang dilakukan Abam semasa hidup sehinggalah ia terbongkar satu persatu selepas pergi menghadap illahi. Menceritakan mengenai amalan yang dilakukan oleh Abam, adiknya iaitu Ali Puteh mengakui Abam banyak melakukan amal jariah tanpa memberitahu kepada umum. Dia buat bukan sebab banyak duit, tapi sebab dia memang pemurah. Kena tipu pun ada tapi dia kata tak apalah Allah ada.

“Saya tahu dia ada tanggung anak-anak yatim, Abam tak panggil sumbangan tapi dia kata duit belanja untuk adik-adik dia, selalu bertanya fasal adik-adiknya dah makan ke belum dan minta saya hantarkan makanan ke pusat tahfiz berhampiran rumah,” ujarnya.

Selain itu, Ali berkata, Abam selalu melakukan amalan bersedekah yang kadang-kala tidak terfikir oleh manusia lain. Sebagai adik kandung, Ali mengakui hubungannya dengan Abam terlalu rapat dan akrab. Katanya, Abam sering kali bersedekah dan belanja makan walaupun orang yang tidak dikenalinya. Kali terakhir Abam belanja lapan meja di sebuah kedai makan sempena hari jadinya pada Januari lalu.

“Dia pernah pergi kedai mamak dan semasa itu ramai pelanggan, dia tak intai pun siapa ada dalam kedai makan tu, dia panggil pekerja suruh kira untuk semua orang yang makan dalam kedai itu dan bayar tapi dia minta orang kedai jangan beritahu dia belanja,” katanya ketika ditemubual portal Malaysia Gazzete pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Ali berkata dia juga baru mengetahui Abam ada membantu memberikan dana kepada seorang ustaz untuk menyampaikan dakwah di Pahang. Perkara itu didedahkan oleh Pencetus Ummah (PU) Azman melalui panggilan telefon.

“PU Azman telefon saya dan dia diam sahaja, saya tanya kenapa diam… rupanya dia menangis dan mer4ung, dia menyampaikan pesanan kawannya, Ustaz Anas iaitu seorang penceramah bebas dari Pahang. Katanya pergerakan Ustaz itu menyampaikan ceramah dan kuliah ditanggung oleh Abam. Itu sebab PU Azman menangis, bayangkan kita bukan belanja orang pergi bercuti tapi dia tanggung untuk kuliah agama,” katanya.

Ribuan hadir semasa Abam disemadikan. Sementara itu, berkongsi cerita mengenai pengalaman menguruskan Abam , Ali berkata dia terkejut dan tidak menyangka ribuan manusia hadir memberikan penghormatan terakhir.

“Cembvrunya orang ramai atau alim ulama bukan sebab dia dah pergi menghadap illahi tapi cara Allah ambil dia yang sangat luar biasa dengan keadaan ribuan manusia yang datang, di h0sp1tal boleh dikatakan semua kakitangan turun untuk melihat dan sedekahkan Al Fatihah, saya yang bersama Abam dari h0sp1tal merasakan ini benda luar biasa.

“Bila kami dalam perjalanan pulang ke rumah, keadaan jalan sesak teruk, ingatkan orang nak keluar ke tol Gombak tapi rupanya mereka nak ke masjid untuk tengok Abam… sampai sahaja di masjid semua orang membantu yang mana kebanyakan mereka yang datang saya tak kenal.

“Saya selalu uruskan dan mandikan orang yang telah tiada keluarga dan saudara mara, tapi untuk Abam saya tak mampu dan hanya boleh tengok sahaja, satu benda yang tak jangka bila keluar bilik mandi terlalu ramai orang menunggu.

“Di depan pintu ada lebih kurang 40 orang anak-anak tahfiz setia menunggu… saya tengok setiap wajah dan rasa macam kenal, rupanya mereka ini anak-anak yatim yang Abam tanggung dulu,” ujarnya.

Sumber : mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro terkini