Masih ingat tak lagi dengan kisah pengislaman, seorang pelajar perempuan berbangsa Itali yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Menerusi laporan media, gadis Itali dikenali sebagai Giovanna Khadija, 25, telah menemui jodoh dengan anak tempatan disana bernama Mohamad Khalies Hami Hamzah, 35, yang merupakan salah seorang kakitangan di UMT.
Perkahwinan Giovanna Khadija dan jejaka Terengganu itu mendapat restu keluarga, kelihatan keluarganya dari Itali datang ke Malaysia untuk menyaksikan perkahwinan mereka berdua.
Menurut Mohamad Khalies, perkenalan mereka bermula dengan ucapan tahniah atas pengislamannya di IG dan kemudian hubungan mereka mulai rapat selama empat bulan, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Saya sendiri pun tidak sangka, isteri menerima lamaran saya dan memilih tarikh berkahwin pada 14 Februari sempena tarikh hari pertama dia menjejak kaki ke negara ini pada tahun lalu…”
Tambahnya lagi, setelah menjadi suami kepada seorang saudara baru, Mohamad Khalies mengambil tanggungjawab untuk memberikan didikan dan bimbingan agama yang sempurna buat isterinya.
“Ditakdirkan berkahwin dengan saudara baru ialah tanggungjawab yang besar dan ia sebagai amanah Allah kepada saya. Sebagai suami, saya akan pastikan isteri mendapat didikan agama yang sebaik mungkin selain kasih sayang sepenuhnya…”
Terdahulu, kisah Giovanna tular selepas dia mengambil keputusan memeluk Islam setelah tersentuh mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT pada 18 Jun tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:Harian Metro