“Dari dulu bukan tak ada bergaduh..ada je” Cinta monyet zaman sekolah berakhir di pelamin, gadis sukar percaya kini dah bersuami

Siapa sangka perkenalan di zaman sekolah sekitar 2012 akan membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.

Begitulah yang berlaku bagi pasangan Mohd Amirul Ashraf Yusoff, 23, dan Nurul Umairah Rosman, 21, yang selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Februari lalu.

Kisah itu menarik perhatian ramai apabila si isteri, Umairah berkongsi foto throwback mereka yang dirakam di sebuah sekolah pada 2014.

Bercerita, Umairah mengakui seolah-olah tidak percaya dia kini sudah berumahtangga.

“Kami dah kenal dari tahun 2012, mula rapat masa 2014. Memang tak sangka. Dari dulu, bukan tak ada bergaduh… ada je.

“Pernah buat hal masing-masing, tapi kami ikut je apa yang berlaku. Bila dah kahwin ni, rasa macam tak percaya.

Pasangan ini baru sahaja berkahwin pada 8 Februari lalu.

“Sebab dah lama kenal, kena ambil masa untuk sesuaikan diri dan anggap dia macam suami,” ujarnya.

Kata Umairah lagi, dia juga tertarik dengan tahap kesabaran suaminya yang cukup tinggi.

Malah katanya, mereka juga sudah menempuh banyak cabaran sepanjang perkenalan sehinggalah selamat mendirikan rumahtangga baru-baru ini.

Posting tular di Twitter.

“Dalam tempoh lama tu, banyak up and down. Tapi kena banyak sabar dan saling memaafkan.

“Dia suka maafkan saya, sebab saya jenis buat perangai. Dia banyak bersabar, bagi peluang,” jelasnya lagi.

Menerusi majlis akad nikah tempoh hari, Umairah selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja.

Umairah tampil jelita dalam persalinan serba putih untuk upacara akad nikah.

Menetap di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan, pasangan itu juga menanam banyak impian untuk dicapai pada masa akan datang.

“Sekarang kami fokus nak cari duit, nak beli rumah. Buat masa sekarang, menetap di rumah mak saya dulu.

“Kami juga ada impian nak pergi melancong sama-sama, mungkin ke Korea Selatan,” katanya lagi.

Dengan sekali lafaz, Mohd Amirul Ashraf selamat bergelar suami kepada Umairah.

Dalam pada itu, Umairah mengakui terkejut apabila posting miliknya di Twitter menerima lebih 16,300 ulang kicau (Retweet).

Malah, pasangan itu turut dihujani dengan ratusan ucapan tahniah daripada netizen.

“Bestnya bercinta dari sekolah, lepas tu kawin. My goal.

“Tahniah semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke jannah.

“Tahniah untuk awak berdua. Next update, InsyaAllah bergambar bertiga pula ya,” tulis beberapa netizen.

Sumber: mstar

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kecoh Habis