KONTR0VERSI pertunangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.
Setelah hampir tujuh bulan berlalu, Syafie, 28, berkata dia dan bekas tunangnya itu sudah tidak lagi menyekat nombor telefon masing-masing.
Malah, pemilik nama Mohammad Syafie Naswip ini akan bertegur-sapa jika bertemu dengan aktres itu di mana-mana acara hiburan.
Syafie tidak mahu kenang kisah lalu.
“Sekarang ini perasaan saya sudah lega dan tak rasa apa-apa mengenai kisah lalu. Walaupun tak pernah jumpa sejak isu itu tapi kami sudah ‘unbl0ck’ satu sama lain.
“Mungkin masing-masing dah memaafkan. Kalau jumpa depan-depan, saya tak ada masalah untuk bertegur-sapa dengan dia sebab benda pun dah berlalu.
“Sebab bagi saya, semuanya sudah selesai dan saya pun tak nak panjangkan isu tersebut,” kata Syafie kepada mStar.
Syafie ditemui ketika majlis pelancaran koleksi pakaian Munawwareen di ST Mary, Kuala Lumpur yang diadakan baru-baru ini.
Kalau jumpa depan-depan, saya tak ada masalah untuk bertegur-sapa dengan dia sebab benda pun dah berlalu.
SYAFIE NASWIP
PELAKON
Pada Julai tahun lalu, kontr0versi melibatkan pasangan itu timbul apabila Syafie ditahan p0lis untuk membantu siasatan kes ugvtan dan menyebabkan keceder4an.
Syafie dan Aishah bertunang pada 7 April tahun lalu dan hubungan mereka berakhir pada 21 Julai tahun yang sama.
Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia kini terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita namun enggan terlalu fokus dalam mencari cinta.
Syafie mahu fokus pada kerja dan keluarganya.
“Buat masa sekarang, tak ada pun wanita yang cuba dekati saya. Bukan saya tak terbuka hati lagi, cuma saya belum jumpa yang sesuai.
“Saya berkawan saja dengan semua orang. Bagi saya, kalau ada jodoh, ada la. Saya tak kisah pun wanita itu bekerja dalam industri atau tidak.
“Sekarang ini pun saya nak fokus pada kerja dan keluarga sahaja. Nak kumpul harta dan kalau ada rezeki, nak sambung belajar,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar