Saya bukan cari mangsa(Acap) sahaja, tapi ‘cari’ rakyat Malaysia yang terlalu taasub & terpesong AKIDAH kerana asyik ikuti perkembangan Acap sehingga percaya dengan pengamal yang viral, dengan geng ‘bulat² gambar’, tilik menilik yang dilarang oleh islam.
Dan yang paling sedih ialah pengamal²(ustaz/perawat/bomoh) yang mengaku boleh berinteraksi dengan alam ghaib sedangkan semua ini DILARANG & TAKDE dalam islam.
Sila bukak kitab Tauhid & Feqh belajar bab ‘خوارق العادات'(bab manusia diberikan kelebihan oleh Allah). Search Tuan Guru Google takkan jumpa, tapi search kitab & ulama! Bukan dengan berpandukan ilmu ghaib yg kita belajar dalam mimpi, atau ‘menurun’ keturunan, dan jin pendamping kita & pengalaman kita main(rawat) hantu 24 jam.
Dan satu lagi yang ramai ’tilik’ atau ‘nampak’ adalah dari kalangan ex mangsa gangguan sama ada sihir saka santau etc. Anda bukan tilik sebenarnya, tapi jin dalam badan anda nak main ‘game Acap’ ni jugak sebenarnya, so janganlah bagi pandangan tersebut yang tiada asas, dosa Allah cakap dalam Quran!
اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa”
(All-Hujuraat: 12)
.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:
إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث
“jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta”
(HR. Bukhari-Muslim)
Kita perlu berpandukan Al-Quran & Sunnah! Bukan fikir logik akal dan bisikan khadam², rijalul ghaib, pembantu ghaib dan sebagainya. Iblis sedang BERSERONOK dengan rakyat Malaysia yang telah di ‘game’ oleh mereka atas isu kehilangan ini! Walaupun iblis(jin/bunian) tu bukan tinggal di Gopeng atau gunung Gua Tempurung ni pun! Sedih, amat sedih rakyat kita masih belum betul akidah dalam dunia ghaib ini..
Saya dah explain panjang dalam posting yang lalu, sila baca disini berserta hujjah Al-Quran & Sunnah!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: petuadanresipibonda