KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tomok antara artis muda yang rajin menghadiri pengebum1an dan membantu menguruskan jen4zah sahabatnya yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Seperti pengebum1an pelawak, allahy4rh4m Abam, pengarah muzik, Faizal Uzir dan Pegawai Perhubungan Awam, Suria Records (SRC), Bahanordin Deraman, Tomok antara penyanyi yang mengiringi perjalanan akhir dan menyambut jen4zah hingga ke li4ng l4had.
Kata Tomok, ia adalah tanggungjawab sebagai umat Islam. Jika ada kem4tian dan s4kit, kita sesama Islam perlu ziarah menziarahi.
“Insan yang pergi adalah teman baik. Sepanjang kerjaya, saya dikelilingi dan dibantu mereka. Pemergian mereka membuatkan saya rasa kehilangan, jadi tidak salah, saya mencurah bakti buat kali terakhir.
“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk membawa ke tanah perkuburan, menyegerakan dan memudahkan pengebum1an mereka. Saya percaya jika teman baik pergi, anda juga akan melakukan perkara yang sama,” katanya kepada BH Online.
Penyanyi lagu Bekas Kekasih itu berkata, dia terkesan dengan pemerg1an insan yang pernah membawanya dan kumpulan New Boyz ke puncak iaitu arw4h Bahanordin atau Bad suatu ketika dahulu.
“arw4h Abang Bad, antara insan yang pernah menguruskan saya dan New Boyz ketika kami mula menceburi bidang nyanyian. Banyak susah senang yang dilalui bersama. Dialah insan yang berada bersama kami ketika New Boyz berada di puncak populariti.
“Tentunya, saya tidak mampu melupakan kenangan dengan arw4h Abam. Kami sering mengadakan persembahan dan melepak bersama. Jadi, saya cuba sampai seawal mungkin untuk menguruskan jen4zah apabila mengetahui berita kematian mereka,” katanya kepada BH Online.
Katanya, dia sanggup ketepikan komitmen dan bergegas membantu menguruskan jen4zah demi sahabatnya.
“Bila lagi saya mahu bertemu dengan arw4h, inilah masanya untuk memberikan penghormatan terakhir. Kerja, bila-bila masa boleh buat. Jadi, mengapa tidak saya meluangkan masa sekejap untuk sahabat yang terlebih dahulu dijemput sang pencipta.
“Kita semua akan melalui perkara yang sama. Berdepan dengan kematian sahabat dan sanak saudara membuatkan saya mahu memperbaiki diri memandangkan usia meningkat dan anak-anak juga sudah membesar.
“Saya sebagai ayah perlu menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Saya mahu pengakhiran nanti biarlah yang terbaik, untuk saya dan sahabat semua,” katanya yang terpaksa membatalkan konsert bersama New Boyz di Singapura berikutan wabak coronav1rus (COVID-19) pada September ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online