15 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, nama Datuk Rizalman Ibrahim sangat sinonim dalam kalangan penggemar fesyen. Malah, rekaan dan hasil tangannya sentiasa menjadi pilihan orang kenamaan dan para selebriti.
Cukup dikenali dalam dunia fesyen, sebenarnya Rizalman juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri, khususnya di media sosial.
Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian seorang kanak-kanak perempuan bernama Airen Nurain, merupakan peminat ciliknya, berusia 12 tahun, yang menghidap peny4kit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.
Airen jadi tetamu istimewa
Pertemuan itu memberi makna yang cukup besar buat Airen, malah pada malam pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya, kanak-kanak itu juga dijemput sebagai tetamu istimewa.
Airen tak mampu lagi melihat
Berkongsi momen bertemu adik Airen selepas selesai pementasan Kesuma Jiwa, dapat diperhatikan riak wajah gembira peminat cilik itu dapat sekali bertemu dan dijemput ke persembahan idolanya.
Namun, Airen sebenarnya sejak seminggu yang lepas sudah tidak mampu lagi untuk melihat, justeru ketika pertemuan dia hanya mampu mengusap-usap wajah Rizalman.
Bagi Rizalman, Airen disifatkan sebagai ‘kesuma’ jiwanya. Meskipun sed1h mendapat tahu bahawa Airen tidak sempat melihat persembahannya namun kedatangan anak istimewa itu sudah cukup menggembirakan.
Sumber : Datuk Rizalman Ibrahim
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rose Merah