“Walaupun Duit Kakak Cukup-Cukup Makan, Tapi…” – Mawar Rashid Buka Cerita Kakak Bantu Carikan Kerja Lepas SPM

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan bahawa dia pernah bekerja dalam bidang peruncitan di sebuah butik di ibu kota sejurus tamat persekolahan.

Mawar, 25, berkata, ketika itu, individu yang banyak berjasa membantunya bagi mendapat pekerjaaan ialah Kak Intan yang merupakan anak ketiga dalam keluarganya.

“Memang tersentuh hati bila teringat. Masa baru lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Kak Intan tolong carikan tempat kerja sebab nak adik ada duit.

“Jadi kami kerja sama-sama di Parkson, Pavilion. Masa tu Kak Intan belikan kasut hitam, baju hitam (pekerja Parkson kan kena pakai serba hitam).

“Walaupun duit kakak cukup-cukup makan, tapi kakak masih belikan adik,” ceritanya yang mengimbau kehidupan lampaunya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Kitorang dulu sama2 kerja PARKSON PAVILLION..Dan nilah sebab2 kenapa Mekwa nak buat sama2 bisnes ngan kak @intanrashid__ …..” . So…ni kakak Mawar anak yang ke-3 @intanrashid90 . Mawar suka Kak Intan ni sebab dia ada mindset yg positive dan energy mmg POWER, yang penting KOMITED. Kalau duduk ngan dia mmg ckp pasal bisnes 24/7. Dah la rajin, lemah lembut pulak tu 😍 Sorry lah, I mmg adore kakak2 i 🥰 Kak intan ni ada kembar sebenarnya nama @indri.rashid . Kak lily and kak intan, keje kat shopping mall nak dekat 10tahun lebih tau 😭 Dorang mula kerja lepas abis SPM, evendo dorang ni budak pandai tapi x dapat continue blajar sebab….hm, Mekwa rasa kene cite kat post lain la pasal kakak kembar mekwa ni. Post ni MekWa nk crita pasal kak Intan je dulu kay. . After 10 YEARS , barula kak intan brenti kerja demi nak tolong adik dia majukan bisnes. Beberapa hari lepas kak brenti tu, sebak adik bila kkk cakap…. . “Adik… camni ke perasaan jaga anak” . Fuhhh.. Mmg sebak gila dgr masa kakak cakap camtu. Adk mmg faham kakak, sbb slama 10 tahun kkk kerja pagi sampai malam.. utk bayar commitment mcm2 utk mummy lagi.. So kkk tk dpt betul2 merasa jd seorang ‘ibu & isteri’ di rumah.. . Sbb tu la adk mmg niat nak buat bisnes yg boleh tarik semua kakak2 ngan abg adik utk senang sama2. Insyaa’Allah semua nanti boleh jd team sama2 ❤️ . Mmg kakak bnyk sgt jasa baik kakak kat kitorg semua. Yang ni adk paling ingat… memang touching bila teringat.. 😭masa adk baru pas abis SPM, kak intan tlg adik carikan tempat keje sbb nak adik ada duit.. So kitorang keje sama2 kat dalam Parkson Pavi..time tu kak intan belikan kasut hitam, baju hitam, (pekerja parkson kan kene pakai all blck😝) .Walaupun duit kakak cukup2 makan.. tp kkak still belikan utk adik 😣😣😣😢 time tu adik niat . “YA ALLAH YA TUHAN KU, DAKU AKAN TOLONG KAKAK2 ADIK BRADIK KU , IBUKU YA ALLAH. AKU BERSYUKUR AKU ADA ADIK BRADIK YG BAIK2” . Dan Alhamdulillah, now Allah memberi peluang utk Mekwa and kak Intan sama2 MEMBARA UNTUK MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KAMI UNTUK @mawarose_hq !! . Team @mawarose_hq tengah mencari usahawan yang mindset macam kak Intan. Comment NAK kalau korang ada mindset yang commited, positive dan energetic 💪

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Menurut Mawar lagi, bagaimanapun, itu semua sudah menjadi kenangan terindah buat dia dan kakaknya.

Hari ini, katanya, dia mahu membalas semula jasa baik yang pernah dilakukan oleh kakaknya itu yang banyak berkorban demi keluarga.

Katanya, atas sebab itu jugalah dia mahu menjalankan bisnes dengan adik beradiknya yang lain.

“Selama 10 tahun kakak kerja pagi sampai malam untuk bayar komitmen macam-macam, untuk mummy lagi. Jadi, kakak tak dapat betul-betul merasa jadi seorang ibu dan isteri di rumah.

“Sebab itulah adik memang niat nak buat bisnes yang boleh tarik semua kakak-kakak dengan abang adik untuk senang sama-sama,” katanya yang juga kini merupakan seorang usahawan kosmetik.

Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mula dikenali selepas menyertai program Dewi Remaja 2014/2015.

Pelakon drama TQ Captain itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang kini mencecah usia setahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak