Kasih Hingga Akhirnya, Lelaki tua Ziarah Pus4ra Isteri 3 Kali Sehari

Kasih sayang merupakan ikatan yang sangat kuat untuk sesiapa sahaja. Jika kita kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup, semestinya separuh dunia kita akan turut pergi.

Hal ini lebih dirasai oleh mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Ikrar untuk saling menyayangi hingga ke hujung usia membuatkan salah seorang daripada  pasangan akan terasa kesed1han apabila ada diantara mereka yang pergi dahulu.

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Amieraizat telah menceritakan perihal seorang lelaki yang ditemui di kawasan perkubvran berhampiran pus4ra allahy4rh4m bapanya.

Kesempatan untuk bertegur sapa dengan lelaki berusia itu turut memberi peluang bagi menanyakan kepadanya mengapa lelaki itu kerap berada di pus4ra isteri hampir setiap hari baik pagi mahupun petang.

Lelaki yang dikenali sebagai Pok Li ini akhirnya memberitahu bahawa semasa hayat isterinya, dia kerap kali makan bersama iaitu pada sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Menurut Pok Li, isterinya sudah tiga tahun men1ngg4l dunia dan rutin hariannya adalah datang ke pusara tersebut kerana tidak mahu terasa sunyi apabila tidak ditemani isteri tersayang.

Penjelasan Pok Li itu sedikit sebanyak membuatkan pengguna Twitter berasa terpaku dengan apa yang dinyatakan lelaki tua tersebut.

Betapa mendalamnya kasih sayang terhadap isteri tercinta sehingga aj4l memisahkan mereka pun masih mampu ‘berhubung’ dengan menyedekahkan amal pahala kepada kekasih tersayang.

Perkongsian yang dibuat oleh Amier ini benar-benar men1ngg4lkan seb4k buat warganet kerana kagum dengan perasaan cinta Pok Li kepada isterinya walaupun sudah men1ngg4l dunia.

Jadi,r ata-rata mereka telah men1ngg4lkan komen yang pelbagai susulan daripada muat naik itu dan berharap agar pasangan mereka turut berbuat demikian apabila perginya mereka suatu masa nanti.

 

Sumber:  Amieraizat14

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak