Pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin men1ngg4l dunia secara meng3jut semalam ketika tidur.
Lebih memilvk4n, menurut Yana, adiknya itu pergi men1ngg4lkan mereka sekeluarga selepas sebulan bergelar seorang bapa.
“Rupanya hari ini, aku kehilangan adik aku. Ya Allah, macam mana nak ada kekuatan diri ni. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik, baru jadi ayah 37 hari.
“Dik, ada bagitau Nana yang nak balik Yong Peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa kau balik dik. Kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya.
“Mohon doakan Al-Fatihah buat arw4h adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang men1ngg4l masa tidur,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.
Biarpun Yana masih terkejut dengan pemergian adiknya itu, namun, katanya, dia reda dengan kehilangan insan yang amat disayanginya itu.
“Tak ada apa lagi akak boleh cakap, akak dah sakit kepala, sakit mata menangis dari siang tadi. Akak terlalu sayang kan kau, tapi Allah lebih sayangkan kau daripada segalanya.
“Kau pergi tanpa kata apa-apa kepada kami. Nana masih pantang kat Sarawak, kau pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik.
“Ya Allah sed1h akak dik, tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik. Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak. Amin,” coretnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak