‘Walau Matanya Kabur & Tak Nampak Jelas, Dia Tetap…’ – Fakhrul UNIC Ziarah Nazrul Rabbani

Seminggu yang lalu, anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dimasukkan ke h0sp1tal Selayang selepas suhu badannya meningkat naik ketika rawatan dialisis. Nazrul difahamkan sudah tiga tahun tidak dapat melakukan persembahan bersama Rabbani kerana masalah buah pinggang yang dihadapinya.

Terbaru, penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi memuat naik satu posting di Instagram mengenai perkembangan terkini kesihatan rakannya itu.

Masih kenal suara saya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

walau matanya kabur lg tak nampak jelas, tp dia kenal suara, bila tanya ni sapa? abg acul kata “fakhrul” ka? . . Dah seminggu terlantar kat hospital..sama2 bantu doa sahabat kami dari kumpulan Rabbani, Nazrul. . sekarang beliau sedang dirawat di Hospital Selayang akibat komplikasi dialisis darah. pandangan matanya kabur dan mengalami demam panas. . . Mewakili rakan2 @unicsports @unicofficials dan @familiunic ,sampaikan sikit sumbangan moga boleh bantu ringankan ap yg patut, moga Allah beri kesembuhan segera.

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on

Menurut Fakhrul, meskipun penglihatan rakannya itu agak kabur, Nazrul masih mampu untuk mengenali suaranya. Tambahnya, sudah seminggu rakannya itu terlantar di h0sp1tal tersebut. Melalui posting yang sama, Fakhrul turut memohon agar semua masyarakat mendoakan kesihatan rakannya itu dan berharap anggota kumpulan Rabbani itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Nazrul dikejarkan ke h0sp1tal Selayang selepas suhu badannya dipercayai meningkat ketika menjalani rawatan dialisis beberapa hari yang lalu. Ekoran daripada itu, penglihatannya agak terjejas dan semakin kabur.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Fakhrul Radhi via OhBulan